Pengambilan lebih 10 jawatan kosong di Sektor Perkhidmatan Awam: Gaji sehingga RM9,643

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kini sedang membuka pengambilan banyak kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.

Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan-jawatan yang dibuka: –

Jawatan Kosong

  1. JURUAUDIT GRED W41
    • Kekosongan: 1
    • Jadual Gaji: RM2,094 – RM9,585
  2. JURUTERA GRED J41
    • Kekosongan: 1
    • Jadual Gaji: RM2,529 – RM9,643
  3. PEGAWAI PENILAIAN GRED W41
    • Kekosongan: 1
    • Jadual Gaji: RM2,094 – RM9,585
  4. PEGAWAI TADBIR GRED N41
    • Kekosongan: 1
    • Jadual Gaji: RM2,080 -RM9,546
  5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) GRED N19
    • Kekosongan: 2
    • Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003
  6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
    • Kekosongan: 5
    • Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan jawatan;
  • Syarat-syarat kelayakan akademik yang lengkap boleh dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
  • Advertisement
    Advertisement

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat secara atas talian seperti mana yang ditetapkan oleh pihak majikan.

Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) di Portal iKerjaya MBSA.

Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.

Hanya calon-calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga oleh pihak majikan.

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *