Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2026: Kelayakan SPM – Diploma
Peluang kerjaya kini dibuka kepada individu yang berkelayakan, bersemangat tinggi dan komited dalam membina masa depan profesional. Hebahan ini ditujukan kepada mereka yang memiliki kemahiran relevan, sikap positif serta keupayaan bekerja dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar.
Jawatan yang ditawarkan memberi ruang untuk menimba pengalaman, memperkukuh kemahiran serta mengembangkan potensi diri ke tahap lebih tinggi.
Calon yang berminat digalakkan untuk merebut peluang ini sebagai langkah penting dalam perkembangan kerjaya. Jangan lepaskan peluang untuk memohon dan meneroka prospek pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.
Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM)
PEGAWAI EKSEKUTIF
- Gred Jawatan: N5
- Status Jawatan: Kontrak (Tabung Amanah)
- Skim Perkhidmatan: Penolong Pegawai Tadbir
- Jadual Gaji: RM1,650 – RM6,620
- Cawangan: UiTM Kampus Kota Bharu
- Tempoh Lantikan: 2 tahun (Penyambungan kontrak berdasarkan prestasi)
KERANI
- Gred Jawatan: N1
- Status Jawatan: Kontrak (Tabung Amanah)
- Skim Perkhidmatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi)
- Jadual Gaji: RM1,500 – RM 4,680
- Cawangan: UiTM Kampus Kota Bharu
- Tempoh Lantikan: 2 tahun (Penyambungan kontrak berdasarkan prestasi)
Syarat – Syarat Kelayakan
PEGAWAI EKSEKUTIF
- Terdiri daripada Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,893.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
KERANI
- Terdiri daripada Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred N1: RM1,500.00) atau
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred N1: RM1,500.00) atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred N1: RM1,561.00) atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau berkelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred N1: RM1,622.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bidang Tugas
PEGAWAI EKSEKUTIF
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pengurusan dan operasi di Pusat Pengajian Siswazah UiTM Cawangan Kelantan. Keutamaan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran seperti berikut:
- Berkebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik
- Kemahiran komputer – Spreadsheet dan pangkalan data
- Kemahiran pengurusan fail dan dokumentasi
- Kemahiran Perkhidmatan Pelanggan
KERANI
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pengurusan dan operasi di Pusat Pengajian Siswazah UiTM Cawangan Kelantan. Keutamaan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran seperti berikut:
- Berkebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik
- Kemahiran komputer – Spreadsheet dan pangkalan data
- Kemahiran pengurusan fail dan dokumentasi
- Kemahiran Perkhidmatan Pelanggan
Cara Memohon
Permohonan jawatan-jawatan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara lengkap dan tepat. Ia juga perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut:
- Kad Pengenalan;
- Sijil Kelahiran;
- Sijil SPM / MCE, HSC / STPM / STAM atau setaraf;
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma atau setaraf (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci);
- Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);
- Dokumen berkaitan yang dipohon.
Ia kemudiannya hendaklah dihantar melalui pautan yang disediakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan. Jika terpilih menghadiri temuduga, pemohon perlu membawa bersama dokumen asal dan satu salinan borang yang telah dicetak dan disahkan ke sesi temuduga. Sekiranya dokumen lengkap tidak dikemukakan, panggilan temuduga ini akan terbatal.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Permohonan ditutup pada 3 Ogos 2026, Isnin.
Maklumat lengkap dan terperinci berkenaan kekosongan jawatan ini sila layari laman media sosial UiTM Cawangan Kelantan – DI SINI.



