Bantuan Wang Am Negeri RM350 Dikreditkan Setiap Bulan: Berikut Senarai Penerima & Cara Pembayaran

Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.

Salah satu bantuan yang ramain terlepas pandang adalah Bantuan Am yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.

Manfaat Bantuan Am Negeri

Tujuan program ini didasarkan adalah untuk membantu rakyat Selangor yang berkelayakan meneruskan kelangsungan hidup sewaktu dalam kesulitan.

Kadar Bantuan

Pemberian bantuan sementara diberikan kepada rakyat Selangor yang layak sehingga RM350 sebulan untuk mendapatkan keperluan asas sekiranya berhadapan dengan masalah kehidupan yang tidak boleh dielakkan.

Syarat Permohonan

Rakyat Selangor yang layak memohon untuk program ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan rakyat Negeri Selangor. Sekiranya bukan rakyat Negeri Selangor, pemohon mesti bermastautin melebihi tempoh 10 tahun di Negeri Selangor;
  2. Golongan tidak berkemampuan dan berkeperluan yang tidak memenuhi syarat-syarat skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang lain
  3. Advertisement
    Advertisement
  4. Faktor-faktor lain yang juga diambil kira adalah:
    -bilangan anak / tanggungan
    -tahap ketidakupayaan ketua keluarga
    -keadaan rumah kediaman
    -kecacatan atau keuzuran disebabkan oleh penyakit
  5. Faktor-faktor munasabah lain serta pemohon boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian pemohon / keluarga tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,500 atau Pendapatan Perkapita tidak melebihi RM350 sebulan

Cara Pembayaran

Semua penerima bantuan terbabit akan menerima bayaran yang disalurkan sepenuhnya melalui akaun bank masing-masing.

Cara Memohon

Untuk mereka yang layak memohon, anda perlu mendaftar di laman web Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat pada link di bawah:

https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register

Selepas mendaftar anda boleh memohon pada kategori bantuan yang diperlukan.

 

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *