Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia Tahun 2026: Gaji Sehingga RM11,110

Suruhanjaya Koperasi Malaysia kini sedang membuka pengambilan kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain. Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan- jawatan yang dibuka: –

Maklumat Jawatan Kosong

  1. PEREKA GRED B1
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Bakat dan Seni
    • Jadual Gaji : RM1,500 – RM4,680
  2. PEREKA GRED B5
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Bakat dan Seni
    • Jadual Gaji : RM1,650 – RM6,620
  3. PEREKA GRED B9
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Bakat dan Seni
    • Jadual Gaji : RM2,250 – RM11,110

Syarat-Syarat Kelayakan

PEREKA GRED B1

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau
    • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,561.00); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,622.00).

PEREKA GRED B5

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,650.00); atau
    • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,650.00); atau
      iii. Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,650.00); atau
    • Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,731.00); atau
    • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,812.00); atau
    • Diploma dalam bidang Seni Kreatif, Seni Bina Dalaman, Seni Lukis atau Seni Reka yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,893.00).

PEREKA GRED B9

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis. (Gaji permulaan ialah pada Gred B9: RM2,250.00); atau
    • Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Seni Kreatif, Seni Bina Dalaman, Seni Lukis atau Seni Reka yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B9: RM2,470.00).

Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan.

Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan secara dalam talian (online) di Sistem e-Kerjaya Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Hanya pemohon yang memenuhi syarat dan melepasi tapisan sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga.

Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.

Tarikh tutup permohonan pada 20 Mac 2026.

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti di Portal Rasmi Suruhanjaya Koperasi Malaysia – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *