Cara Mudah Mohon Bantuan Bil Air Percuma Setiap Bulan
Air bersih merupakan keperluan asas yang amat penting dalam kehidupan manusia. Tanpa bekalan air yang bersih dan selamat, pelbagai aspek kehidupan harian akan terjejas termasuk kesihatan, kebersihan, ekonomi serta kesejahteraan sosial. Walaupun Malaysia dikurniakan sumber air yang banyak, isu gangguan bekalan air dan pencemaran masih menjadi cabaran yang perlu diberi perhatian serius.
Dalam konteks kesihatan, air bersih sangat penting untuk mencegah penularan penyakit. Air yang tercemar boleh menjadi punca pelbagai penyakit bawaan air seperti cirit-birit, taun dan demam kepialu. Penggunaan air bersih untuk minum, memasak dan membersihkan diri membantu mengurangkan risiko jangkitan serta memastikan tahap kesihatan masyarakat berada pada tahap yang baik. Golongan kanak-kanak, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imun lemah amat terdedah kepada kesan buruk jika bekalan air bersih tidak mencukupi.
Selain itu, bekalan air bersih juga penting bagi menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Aktiviti asas seperti mandi, mencuci pakaian, membersihkan rumah dan tandas memerlukan air yang mencukupi dan berkualiti. Kekurangan air bersih boleh menyebabkan persekitaran menjadi kotor, sekali gus meningkatkan risiko pembiakan nyamuk dan penularan penyakit berjangkit. Kebersihan yang terjaga bukan sahaja memberi keselesaan, malah mencerminkan kualiti hidup sesebuah komuniti.
Dari sudut ekonomi pula, air bersih memainkan peranan penting dalam menyokong pelbagai sektor seperti pertanian, perindustrian dan perkhidmatan. Petani memerlukan air bersih untuk pengairan tanaman, manakala kilang dan perniagaan bergantung kepada bekalan air yang stabil untuk operasi harian. Gangguan bekalan air boleh menyebabkan kerugian kewangan, menjejaskan produktiviti dan memberi kesan kepada sumber pendapatan rakyat.
Oleh itu, usaha berterusan perlu dilakukan bagi memastikan bekalan air bersih sentiasa terjamin. Ini termasuk pengurusan sumber air yang lebih berkesan, pemeliharaan sungai daripada pencemaran, serta kesedaran masyarakat tentang kepentingan penggunaan air secara berhemah. Kerjasama antara kerajaan, pihak berkuasa dan rakyat amat penting bagi memastikan air bersih terus menjadi hak dan keperluan asas yang dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Skim Air Darul Ehsan atau SADE. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan skim berkenaan.
Bantuan Bil Air Percuma
Skim Air Darul Ehsan atau SADE merupakan sebuah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor (yang merupakan warganegara Malaysia).
Melaluinya, mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan dan diluluskan permohonannya akan menikmati 20 meter padu air percuma sehingga 31 Disember 2029.
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan SADE:
- Premis kediaman mempunyai meter individu;
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
- Pendapatan bulanan isi rumah RM6,000 dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan / bujang);
- Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.
Cara Memohon SADE
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan SADE, permohonan skim ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Aplikasi KitaSelangor Sepadu (AKSES) – DI SINI iaitu sebuh platform digital yang diwujudkan bagi mengurus inisiatif-inisiatif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Pada Ogos 2025, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan caj air bagi pengguna domestik yang menggunakan sehingga 20 meter padu sebulan kekal pada kadar sedia ada, iaitu 65 sen bagi setiap meter padu.
Perkara ini secara langsung bermaksud bahawaa tiada peningkatan kadar caj kerana kadar berkenaan telah diselaraskan pada bulan Februari 2024.
Pelarasan tarif air dibuat berdasarkan kadar caj yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), susulan kelulusan Jemaah Menteri terhadap pelarasan tarif air baharu bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, selepas negeri-negeri mengemukakan permohonan bagi mengukuhkan penyediaan perkhidmatan air terawat kepada rakyat dan sektor industri.
“Kerajaan negeri berpendirian bahawa pelarasan tarif ini perlu supaya langkah-langkah meningkatkan rizab air kepada 20 peratus menjelang tahun 2030 amat diperlukan.
“Pelarasan ini akan membolehkan pihak Air Selangor mengukuhkan usaha penukaran paip asbestos yang berusia lebih 40 tahun sepanjang 1,600 kilometer (km) di seluruh Selangor pada kadar 300 km setahun, bermula tahun ini,” kata Menteri Besar Selangor, dalam satu kenyataan.
Tambahnya, sejak pelaksanaan penyelarasan tarif air sebelum ini, Air Selangor telah mencatat beberapa prestasi positif, antaranya peningkatan margin rizab air daripada 13.86 peratus pada Februari 2024 kepada 16.74 peratus pada Jun lalu, bagi memastikan Selangor lebih bersedia menghadapi perubahan cuaca seperti kemarau.



