Selain STR Fasa 3, RM100 Juga Mula Dikreditkan Bulan Ini: Maklumat Penuh Penerima & Tarikh Bayaran

Kos sara hidup merupakan salah satu isu yang paling banyak dibincangkan oleh rakyat Malaysia pada masa kini. Setiap tahun, harga barangan keperluan, perkhidmatan dan kos utiliti seperti elektrik, air serta internet menunjukkan peningkatan yang ketara. Keadaan ini memberi kesan langsung kepada kemampuan rakyat untuk memenuhi keperluan asas mereka, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Antara faktor utama yang mempengaruhi kenaikan kos sara hidup ialah inflasi, kadar pertukaran mata wang, peningkatan kos pengangkutan dan perubahan iklim yang menjejaskan pengeluaran makanan. Sebagai contoh, kenaikan harga minyak mentah dunia memberi kesan kepada kos bahan bakar tempatan, yang seterusnya meningkatkan kos pengangkutan dan penghantaran. Akibatnya, harga barangan di pasaran turut naik.

Selain itu, gaya hidup moden yang semakin berorientasikan teknologi dan kemudahan turut menambah perbelanjaan bulanan isi rumah. Bayaran langganan perkhidmatan digital, kos pendidikan, insurans, dan perubatan menjadi sebahagian daripada komitmen kewangan yang tidak dapat dielakkan. Bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar, kos sewa rumah atau pembelian hartanah pula semakin membebankan.

Dalam situasi ini, rakyat perlu bijak mengurus kewangan, membuat perancangan perbelanjaan yang teliti, serta memanfaatkan pelbagai bentuk bantuan dan subsidi yang disediakan oleh kerajaan. Kesedaran tentang perancangan kewangan dan kawalan perbelanjaan harian boleh membantu mengurangkan tekanan akibat peningkatan kos sara hidup.

Kos sara hidup yang semakin meningkat bukan sekadar cabaran ekonomi, tetapi juga isu kesejahteraan sosial. Ia menuntut tindakan kolektif daripada kerajaan, sektor swasta dan rakyat untuk mencari solusi yang mampan demi menjamin kualiti hidup yang lebih baik pada masa hadapan.

Oleh hal demikian, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif bagi membantu mereka yang memerlukan – sama ada di kalangan mereka berpendapatan rendah, mahupun sederhana. Antara usaha tersebut adalah dengan memperkenalkan:

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada warganegara Malaysia dari kalangan B40 dan M40. Ia bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat dalam keadaan suasana tidak menentu hari ini.

Bagi tahun ini, kelayakan STR ditetapkan bagi mereka yang menepati syarat-syarat berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Pembayaran STR dibuat sebanyak empat fasa setahun. Pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun selesai diagihkan pada bulan Januari dan April lalu.

Manakala, bagi Fasa 3 pula – ia mula diagihkan secara berperingkat bermula pada 12 Ogos 2025. Pembayaran dibuat secara kredit terus ke akaun penerima seperti mana maklumat yang diberikan ketika permohonan/kemaskini dibuat.

Manakala, bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank – pengambilan tunai boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Dalam masa sama, bulan Ogos bukan sahaja tentang pembayaran STR Fasa 3 tetapi juga bantuan lain iaitu:

Bantuan RM100 ‘one-off’

Pada bulan lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan penghargaan untuk rakyat Malaysia melalui bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 secara ‘one-off’ kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Bantuan ini diberikan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2025. RM100 itu akan dikreditkan terus ke MyKad penerima pada 31 Ogos 2025 nanti dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.

Penerima boleh membuat pembelian tanpa tunai dengan MyKad masing-masing di lebih 4,100 kedai termasuk pasar raya utama seperti Mydin, Lotus, Econsave dan 99Speedmart serta kedai-kedai runcit yang mengambil bahagian di semua daerah seluruh negara.

Barangan yang boleh dibeli pula adalah beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, barang kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barang keperluan sekolah.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

“Ikhtiar ini dijangka memanfaatkan 22 juta rakyat melibatkan peruntukan RM2 bilion. Ini bermakna, jumlah peruntukan STR dan SARA meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion untuk 2025 – Dan ini merupakan kali pertama dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada semua rakyat dewasa,” petikan ucapan Perdana Menteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *