Senarai Bank-Bank Yang Telah Dikreditkan STR Fasa 3: Semak Sekarang

Golongan B40 dan M40 memainkan peranan penting dalam struktur ekonomi dan sosial negara. B40 merujuk kepada 40% isi rumah berpendapatan terendah, manakala M40 pula mewakili 40% isi rumah dengan pendapatan sederhana. Klasifikasi ini bukan sekadar angka, tetapi menggambarkan realiti kehidupan rakyat – daripada kos sara hidup, kemampuan berbelanja, hingga kepada keperluan perlindungan sosial dan sokongan kerajaan.

Bagi golongan B40, cabaran utama adalah memastikan keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan, dan kesihatan dapat dipenuhi dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat. Mereka sering bergantung kepada bantuan kerajaan seperti subsidi, bantuan tunai, atau program khas untuk meringankan beban kewangan. Golongan ini juga lebih terdedah kepada risiko kewangan sekiranya berlaku kehilangan pekerjaan atau kecemasan kesihatan.

Golongan M40 pula, walaupun berada dalam kedudukan ekonomi yang lebih baik, tetap berdepan tekanan kewangan. Dengan komitmen bulanan seperti pinjaman rumah, kereta, pendidikan anak-anak, dan perbelanjaan harian, mereka mudah terkesan dengan inflasi atau kenaikan kos perkhidmatan. Ramai dalam kumpulan ini juga ‘terhimpit’ – tidak layak menerima bantuan B40, tetapi masih berjuang untuk mengekalkan gaya hidup dan simpanan.

Kedua-dua golongan ini menjadi fokus dalam pelbagai dasar kerajaan, terutamanya dalam usaha mengurangkan jurang pendapatan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Memahami cabaran dan keperluan B40 dan M40 adalah penting untuk merangka polisi, bantuan, serta inisiatif yang lebih berkesan demi memastikan setiap lapisan masyarakat dapat berkembang seiring kemajuan negara.

Antara usaha Kerajaan bagi membantu golongan B40 dan M40 adalah melalui Sumbangan Tunai Rahmah atau STR. Berikut adalah maklumat lanjut tentang STR 2025.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR merupakan sumbangan tunai yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Kriteria kelayakan STR adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Pembayaran STR Fasa 3

Bagi pembayaran STR, ia dibuat secara berperingkat iaitu sebanyak empat fasa setahun. Bagi pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah pun dibayar kepada yang layak pada bulan Januari dan April lalu.

Manakala, bagi pembayaran STR Fasa 3, ia mula dibuat secara berperingkat bermula pada 12 Ogos 2025, Selasa. Pembayarannya dibuat secara kredit terus ke akaun penerima atau pengambilan tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank/akaun tidak aktif.

Kadar pembayaran STR Fasa 3 adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah (≤ RM2,500) : RM150 – RM650
  • Isi Rumah (RM2,501-RM5,000) : RM150 – RM300
  • Warga Emas Tiada Pasangan : RM150
  • Bujang : RM150

Berdasarkan maklumat-maklumat yang dikongsikan di media sosial, antara bank yang telah dikreditkan adalah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Rakyat, Agrobank, CIMB Bank dan Maybank. Manakala, bagi bank-bank lain, pembayarannya dibuat secara berperingkat dan mungkin mengambil 1 ke 5 hari lagi.

Status pembayaran STR juga boleh disemak secara dalam talian di Portal Rasmi STR melalui MySTR:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (sekiranya ada)

Permohonan STR 2025

Bagi tahun 2025, permohonan STR dibuka sepanjang tahun dan terbuka kepada setiap rakyat Malaysia yang menepati syarat-syarat kelayakan. Permohonannya boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal Rasmi STR.

Selain itu, permohonan STR juga boleh dilaksanakan secara manual di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan ketika membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Pemohon:
    • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    • Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah; atau
    • Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 – 20 tahun pada tahun 2025
  • Pasangan:
    • Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
  • Anak: Anak Kandung
    • Salinan Sijil Lahir; dan
    • Salinan MyKad / MyKid
  • Anak Angkat
    • Salinan MyKad / MyKid; dan
    • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR dan permohonannya, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *