RM1,200 Mula Dibayar Terus Ke Akaun Penerima Hari Ini (30 Julai 2025): Info Penuh Bantuan BKK 2025

Menjadi seorang mahasiswa bukan sahaja menuntut komitmen dalam bidang akademik, tetapi juga memerlukan kemahiran dalam mengurus perbelanjaan harian dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Ramai beranggapan bahawa kehidupan mahasiswa hanya tertumpu kepada kuliah dan peperiksaan, namun realitinya lebih mencabar.

Pelajar institusi pengajian tinggi hari ini berdepan dengan pelbagai tekanan kewangan – daripada yuran pengajian, sewa bilik, makanan harian, kos pengangkutan, bahan bacaan sehinggalah ke perbelanjaan internet dan peralatan pembelajaran digital.

Kenaikan harga barangan asas turut memberi kesan kepada pelajar, terutamanya mereka yang datang dari keluarga berpendapatan rendah atau sederhana. Bagi sebahagian pelajar, pinjaman PTPTN atau bantuan biasiswa yang diterima kadangkala tidak mencukupi untuk menampung semua keperluan bulanan. Akibatnya, ada yang terpaksa bekerja sambilan demi menampung kos sara hidup, walaupun ia berisiko mengganggu tumpuan terhadap pelajaran.

Tambahan pula, kehidupan di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, atau Pulau Pinang menyaksikan kos sara hidup yang jauh lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar. Sewa bilik boleh mencecah ratusan ringgit sebulan, ditambah dengan kos makan minum yang tidak menentu. Ini memerlukan mahasiswa lebih bijak dalam membuat perancangan kewangan, termasuk menyusun bajet bulanan dan mengelakkan pembaziran.

Namun begitu, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan institusi pengajian tinggi bagi meringankan beban mahasiswa. Antaranya termasuk pemberian bantuan tunai, diskaun pengangkutan awam, penawaran makanan pada harga murah melalui program seperti ‘Food Bank Siswa’ serta peluang latihan industri bergaji. Inisiatif sebegini penting untuk memastikan pelajar dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani isu kewangan.

Secara keseluruhannya, pengurusan kewangan dalam kalangan mahasiswa adalah aspek yang tidak boleh dipandang ringan. Ia bukan sahaja membentuk disiplin diri, malah membantu mereka lebih bersedia untuk menghadapi dunia sebenar selepas tamat pengajian. Pendidikan kewangan asas perlu ditekankan sejak awal agar mahasiswa bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga bijak dalam mengurus kehidupan seharian.

Prihatin dengan hal itu, terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi membantu meringankan beban mahasiswa. Antaranya adalah melalui…

Bantuan Kewangan Khas (BKK)

Di bawah Kerajan Sarawak terdapat sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Kewangan Khas (BKK) Pelajar Sarawak. Bantuan ini diberikan dengan kadar sebanyak RM1,200 atau RM600 semester.

Apa yang lebih menarik, bantuan khas ini diberikan kepada semua pelajar (anak Sarawak) tanpa mengira latar belakang dan pendapatan isi rumah bagi meringkankan beban kewangan ibu bapa dan melibatkan peruntukan sebanyak RM50.4 juta.

“Kerajaan Sarawak merasakan bahawa ini adalah bantuan strategik yang kita berikan berdasarkan hasil yang positif (kerana) kita mempunyai anak Sarawak yang cekap intelek dan mampu melanjutkan pengajian dengan lebih jauh serta relevan dengan apa yang berlaku ketika ini, termasuk dalam ekonomi global,” kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Permohonan bantuan ini dibuka selama satu bulan iaitu bermula pada 1 Mei 2025 hingga 1 Jun 2025. Manakala, permohonan yang kedua pula akan dibuka pada bulan September kelak.

Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan BKK 2025

  • Warganegara Malaysia;
  • Warga Sarawak dengan sekurang-kurangnya salah seorang ibu bapa atau penjaga adalah rakyat Sarawak;
  • Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dengan pengajian secara sepenuh masa;
  • Telah disahkan dan disokong oleh IPT bahawa mereka memenuhi semua kriteria di atas.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK)

Untuk makluman, pembayaran BKK ini mula diagihkan kepada sekitar 41,000 penerima bermula pada 30 Julai 2025 bercara berfasa. Pembayarannya akan disalurkan setiap semester ke dalam akaun S PAY Global pelajar sepanjang tempoh pengajian.

Manakala, bagi pelajar yang belajar di Semenanjung Malaysia dan Sabah, S Pay Global kini telah diintegrasikan dengan DuitNow QR di mana para pelajar boleh menggunakan bantuan tersebut di mana kedai-kedai yang mempunyai imbasan DuitNow QR.

“Inisiatif BKK sebanyak RM1,200 ini disalurkan secara berperingkat melalui aplikasi S PAY Global melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM50.4 juta.

“Anak-anak Sarawak beruntung kerana mendapat bantuan kewangan yang disediakan, tapi pelajar beruntung bukan hanya sebagai anak Sarawak tetapi beruntung kerana memiliki Kerajaan Sarawak yang prihatin.

“Ini kerana, tidak semesti kerajaan dapat menunaikan janji seumpamanya, tetapi kita mempunyai Kerajaan Sarawak yang prihatin, yang tahu masa depan Sarawak, bagaimana hendak menurunkan kemiskinan dan bagaimana hendak memantapkan ekonomi Sarawak di peringkat global,” ujar kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *