RM1,200 Dibayar Kepada Penerima Minggu Depan (25 Jun 2025): Ini Maklumat Penuh Bantuan Khas ANIS 2025
Dalam sesebuah masyarakat yang ideal, keperluan asas setiap individu seharusnya dipenuhi demi menjamin kehidupan yang seimbang dan bermaruah. Namun, realitinya masih ramai golongan yang hidup dalam serba kekurangan—sama ada dari sudut kewangan, pendidikan, kesihatan atau tempat tinggal.
Golongan ini sering kali tergolong dalam kelompok miskin bandar, warga emas sebatang kara, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, dan juga anak-anak yang tercicir daripada sistem pendidikan. Mereka memerlukan perhatian dan sokongan menyeluruh daripada semua pihak—kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta dan juga masyarakat umum.
Keperluan masyarakat yang memerlukan bukan sekadar bantuan makanan atau wang tunai. Ia merangkumi peluang untuk keluar daripada kitaran kemiskinan seperti akses kepada pendidikan berkualiti, latihan kemahiran, perkhidmatan kesihatan, bimbingan mental dan sokongan sosial.
Dalam dunia moden yang serba pantas ini, jurang antara golongan berkemampuan dan yang kurang berkemampuan semakin melebar. Tanpa usaha kolektif, golongan rentan ini akan terus terpinggir dan ketinggalan.
Masyarakat yang prihatin harus memainkan peranan dalam membela nasib mereka yang memerlukan. Bantuan tidak semestinya bersifat material; sedikit masa, tenaga atau perhatian juga mampu memberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang. Dengan wujudnya rasa empati dan solidariti dalam kalangan rakyat, kita mampu membina masyarakat yang lebih penyayang dan adil.
Dalam masa sama, terdapat Kerajaan Negeri yang telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif bagi mereka yang memerlukan. Ini adalah antara program yang telah diperkenalkan.
Bantuan Khas ANIS 2025
Bantuan Khas ANIS atau Anak Istimewa Selangor adalah sebuah program yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2019 lagi.
Bantuan khas ini diberikan kepada keluarga yang mempunyai tanggungan anak OKU dan bertujuan untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan dalam menguruskan anak-anak mereka.
Selain itu, tujuan utama bantuan khas ini juga adalah:
- Membantu meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup diwaktu kecemasan (makanan tambahan/ubat-ubatan) bagi anak-anak OKU yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga yang memohon.
- Membantu mengurangkan beban ibu bapa/ penjaga anak-anak OKU yang ingin membeli peralatan khas / mesin bagi tujuan pemulihan anak-anak OKU.
- Penerima manfaat adalah ibu bapa/penjaga kepada OKU yang berdaftar dan mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Syarat-Syarat Kelayakan
- Pemohon (Ibu/bapa/Penjaga) & penerima manfaat adalah warganegara Malaysia;
- Pemohon (Ibu/Bapa/Penjaga) adalah Pengundi Negeri Selangor;
- Penjaga merupakan ibu/ bapa angkat yang sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) & Akta Pengangkatan 1973;
- Penerima manfaat hendaklah berumur dibawah 18 tahun (lahir tahun 2006 dan ke bawah);
- Penerima manfaat mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat; ATAU Surat Pengesahan Diagnosis daripada Doktor Pakar yang berdaftar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia SAHAJA (Jika tidak mempunyai Kad OKU);
- Keutaaman permohonan adalah kepada permohonan kali pertama;
- Keutamaan kelulusan permohonan adalah kepada pemohon yang berpendapatan B40 dan M40;
- Borang permohonan dan Dokumen Sokongan akan diproses kelulusan mengikut tarikh penghantaran borang yang lengkap dan berdasarkan kuota peruntukan.
Dimaklumkan jika terdapat maklumat palsu atau tidak lengkap, permohonan akan dibatalkan dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Jumlah Bantuan Khas ANIS 2025
Kadar bantuan ini ditetapkan dari RM1,000 hingga RM5,000 mengikut pecahan berikut:
- RM1,000 : Pendidikan dan Pembelajaran (Pusat Terapi / Kelas Khas/ EIP).
- Maksimum RM1,200 : Ubat-ubatan, Makanan* dan Keperluan tambahan.
- Maksimum RM5,000 : Pembelian/Pembaikian peralatan/mesin perubatan/ pembedahan (maksimum sehingga RM 5,000.00 berdasarkan dokumen sebut harga).
Cara Memohon
Permohonan Bantuan Khas ANIS 2025 dibuka dari 7 April hingga 18 April 2025. Ia boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal ANIS Selangor.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi yang layak dan diluluskan permohonan mereka, pembayaran bantuan ini akan dibuat mulai 25 Jun 2025. Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:
- Jenis bantuan selain pendidikan seperti makanan/peralatan sokongan/keperluan khas/ubat-ubatan (mengikut saranan doktor):
- Pembelian barangan tersebut akan diuruskan oleh YAWAS dimana pembelian akan dibuat melalui panel lantikan YAWAS sahaja.
- Barang akan dihantar ke rumah penerima atau PKM setelah permohonan diluluskan dan urusan tempahan barang dibuat kepada panel.
- Jenis bantuan berbentuk Pendidikan/Kelas terapi khas untuk anak OKU
- Pembayaran akan dibuat terus kepada pusat pendidikan/terapi yang diminta oleh pemohon.
- Proses pembayaran hanya akan dibuat selepas permohonan diluluskan.
Maklumat lebih terperinci serta lengkap berkenaan Bantuan Khas ANIS boleh dilihat dan rujuk di Portal Rasmi ANIS – DI SINI.