RM200 Dikreditkan Kepada Penerima Bulan Ini (April 2025): Maklumat Penuh Bantuan MyKasih 2025

Dalam struktur sosial dan ekonomi Malaysia, istilah B40 merujuk kepada kumpulan 40% penduduk dengan pendapatan isi rumah terendah. Berdasarkan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, golongan B40 merangkumi individu dan keluarga yang berpendapatan isi rumah bulanan sekitar RM4,850 ke bawah.

Mereka kebiasaannya terdiri daripada pekerja bergaji rendah, peniaga kecil, petani, buruh am, dan juga mereka yang bekerja dalam sektor tidak formal. Dalam konteks ekonomi negara yang sentiasa berubah, kedudukan B40 seringkali terdedah kepada cabaran seperti peningkatan kos sara hidup, ketidakstabilan pekerjaan, dan akses terhad kepada kemudahan asas seperti pendidikan berkualiti, penjagaan kesihatan dan tempat tinggal yang selesa.

Kepentingan memahami dan membantu golongan B40 bukan sahaja melibatkan aspek kebajikan, malah berkait rapat dengan kestabilan ekonomi dan sosial negara secara keseluruhan. Apabila kumpulan ini menerima sokongan yang mencukupi, seperti bantuan kewangan, subsidi, latihan kemahiran dan peluang pekerjaan yang adil, mereka berupaya untuk meningkatkan taraf hidup serta menyumbang kepada produktiviti negara.

Malah, pembangunan inklusif yang melibatkan B40 mampu mengurangkan jurang pendapatan dan mengelakkan ketidaksamaan sosial yang boleh menggugat keharmonian masyarakat.

Kerajaan Malaysia sedar akan kepentingan ini dan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meringankan beban golongan B40. Antaranya termasuk bantuan tunai, Skim Perlindungan Nasional B40 (MySalam), subsidi pendidikan, bantuan sewa rumah dan pelbagai lagi program khas. Namun begitu, cabaran masih wujud — seperti isu ketirisan bantuan, kurangnya kesedaran terhadap peluang yang tersedia, serta halangan birokrasi dalam mendapatkan bantuan.

Antaranya yang telah diperkenalkan adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) progran di bawah MyKasih. Berikut adalah maklumat lebih lanjut berkenaan bantuan ini.

Bantuan MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah)

Salah satu program di bawah MyKasih dengan kerjasama pihak Kerajaan adalah Sumbangan Asas Rahmah atau SARA. Program ini adalah merupakan bantuan bersasar kepada rakyat Malaysia yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup, khususnya di bawah kategori B40.

Syarat-syarat kelayakan SARA bagi tahun 2025 telah diperluaskan iaitu:

  • SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala.
  • SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Jumlah Bantuan SARA 2025

Bagi tahun 2025, kadar bantuan SARA telah ditingkatkan sebanyak RM2,100 kepada isi rumah miskin dan miskin tegar di dalam rekod eKasih, berbanding RM1,200 pada tahun 2024.

Bagi golongan B40 yang tidak berada dalam rekod eKasih, mereka juga layak menerima SARA dengan kadar sebanyak RM450 hingga RM900. Pembayaran SARA dibuat secara bulanan dengan kadar RM50 hingga RM200 ke MyKad setiap penerima yang layak.

Bagi penerimanya, mereka boleh menggunakan MyKad masing-masing untuk membeli barangan keperluan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Pembelian boleh dibuat di lebih 1,200 rakan niaga MyKasih di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Untuk makluman, baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Akan tetapi, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2025 akan luput secara automatik.

Bagi semakan kelayakan SARA, ia boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi MyKasih atau melalui MySTR di Portal Rasmi STR dengan tatacara berikut:

  • Klik log masuk MySTR;
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Maklumat lebih terperinci berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *