Pelbagai Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Negeri: Gaji Asas RM1,780 – RM4,535
Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) kini sedang membuka pengambilan pelbagai kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain. Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan- jawatan yang dibuka: –
Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ)
- JURUTEKNIK KOMPUTER
- GELARAN JAWATAN : Junior Eksekutif Kanan
- GRED : S4
- GAJI ASAS : RM2,195.00 – RM4,535.00
- GAJI ASAS PERMULAAN : RM2,195.00 atau mengikut pengalaman dan kelayakan
- JENIS ELAUN : Elaun Perumahan (sekiranya tiada kuarters disediakan), Elaun Khidmat dan Elaun Bantuan Sara Hidup.
- TARAF JAWATAN : Tetap & Tidak Berpencen
- PENEMPATAN : Ibu Pejabat PPNJ
- JUNIOR EKSEKUTIF
- GELARAN JAWATAN : Junior Eksekutif
- GRED : S3
- GAJI ASAS : RM1,780.00
- JENIS ELAUN : Elaun Perumahan (sekiranya tiada kuarters disediakan), Elaun Khidmat dan Elaun Bantuan Sara Hidup.
- TARAF JAWATAN : Kontrak (1 tahun)
- PENEMPATAN : Ibu Pejabat PPNJ
Syarat-Syarat Kelayakan
JURUTEKNIK KOMPUTER
- Warganegara Malaysia;
- Lelaki / Wanita;
- Berumur 23 tahun hingga 35 tahun;
- Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai masalah kesihatan yang kronik;
- Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan jenayah dan penyalahgunaan bahan terlarang;
- Tidak diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi;
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang komputer rangkaian yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 atau 3 dalam bidang komputer rangkaian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat atau Sains Komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
- Lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang berkaitan;
- Mempunyai kemahiran teknikal dalam pemasangan dan penyelenggaraan peralatan komputer;
- Keupayaan untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah teknikal dengan cepat dan berkesan;
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik dan mahir dalam pengendalian sistem;
- Berkebolehan menerima dan memberi arahan;
- Rajin, amanah, bersemangat, menepati masa dan bertanggungjawab.
JUNIOR EKSEKUTIF
- Warganegara Malaysia;
- Lelaki / Wanita;
- Berumur 22 tahun hingga 30 tahun;
- Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai masalah kesihatan yang kronik;
- Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan jenayah dan penyalahgunaan bahan terlarang;
- Tidak diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi;
- Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; DAN
- Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Kelebihan diberikan kepada calon yang mempunyai sijil dan pengalaman dalam bidang undang-undang, perakaunan, pengauditan, pentadbiran dan sumber manusia;
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun sebagai Kerani;
- Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik;
- Berkebolehan menggunakan komputer dan aplikasi seperti Microsoft Office (word,excel dan power point);
- Rajin, amanah, bersemangat, menepati masa dan bertanggungjawab.
Deskripsi Tugas
JURUTEKNIK KOMPUTER
Bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan tugas-tugas yang merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi
sistem sama ada di Ibu Pejabat, lapangan, ladang, kilang atau syarikat subsidiari, membantu dalam kerja-kerja membangun,mengurus dan mentadbir pangkalan data, membangunkan serta megendalikan laman web PPNJ serta melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
JUNIOR EKSEKUTIF
Bertanggungjawab menyusun dan menyimpan rekod, menguruskan urusan surat-menyurat, membuat draf dan menaip surat, menguruskan urusan pemfailan, menyusun dokumen mesyuarat / laporan bahagian / unit, mengendalikan panggilan masuk termasuk menguruskan temujanji, sentiasa menepati masa dan menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan.
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan dan dilampirkan bersama surat permohonan gambar terbaru berukuran pasport, resume, salinan sijil-sijil disahkan, salinan lesen kompeten berkaitan yang sah dan belum tamat tempoh serta dokumen-dokumen berkaitan.
Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat:
buhan Peladang Negeri Johor
Wisma Peladang
No.9-9E, Jalan Selat Tebrau
80000 JOHOR BAHRU
(u.p. : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.
Tarikh tutup permohonan pada 21 Februari 2025.
Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan.
Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti DI SINI.