Bantuan STR RM200 – RM1,200 akan dikreditkan kepada B40 & M40: Senarai penuh penerimanya
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Antaranya adalah bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023.
Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-
Bantuan STR RM200 – RM1,200
Seperti mana semua telah sedia maklum, pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun disalurkan kepada yang layak dengan kadar tertentu berdasarkan tangga pendapatan.
Pembayaran STR Fasa 3 contohnya telah selesai dikreditkan sebelum sambutan Hari Raya Haji lalu. Manakala, pembayaran STR Fasa 4 pula akan dilaksanakan selepas ini.
Berikut adalah maklumat jumlah bayaran dan penerima STR Fasa 4:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
Bilangan anak 0: RM200
Bilangan anak 1 – 2: RM600
Bilangan anak 3 – 4: RM900
Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 3 – 4: RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM200
Cara Pembayaran
Berdasarkan jadual awal Kementerian Kewangam, pembayaran STR Fasa 4 akan dibuat pada bulan November 2023.
Namun begitu, tarikh rasmi pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan pihak Kerajaan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Berkenaan dengan kaedah pembayaran, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima. Bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau ia berstatus tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.