Bantuan RM2,700 ‘one-off’ kepada golongan B40: Syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan RM2,700 ‘one-off’

Salah satu bantuan yang diperkenalkan itu adalah Geran Pelancaran di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kadar sebanyak RM2,700.

Bantuan secara ‘one-off’ ini berobjektif untuk memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu / keluarga.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Advertisement
    Advertisement

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Seperti mana yang dinyatakan di syarat-syarat kelayakan, bantuan Geran Pelancaran ini hanya diberikan kepada kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan sedia ada sahaja.

Oleh itu, jika seseorang itu bukan penerima bantuan sedia ada JKM, mereka boleh  mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.

Sekiranya mereka layak dan tersenarai sebagai penerima bantuan, maka mereka boleh membuat permohonan untuk bantuan Geran Pelancaran.

Permohonan Geran Pelancaran hendaklah dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *