Bantuan Am Kerajaan RM350 dikreditkan setiap bulan: Penerima yang layak & cara memohon
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah Bantuan Am Kerajaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:
Bantuan Am Kerajaan
Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat dua bantuan am yang dikenali sebagai Bantuan Am Persekutuan dan Bantuan Am Negeri.
Bantuan Am Persekutuan melibatkan kadar sebanyak RM100 seorang dan maksimum RM350 sekeluarga. Manakala, kadar Bantuan Am Negeri pula berdasarkan nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing.
Tujuan utama bantuan am ini adalah bagi membantu individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Syarat-syarat Kelayakan
Bantuan Am Persekutuan
- Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.
Bantuan Am Negeri
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat.
Dimaklumkan juga bahawa setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Untuk maklumat lengkap dan lebih teliti berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.