Bantuan Kewangan RM500-RM1,000 Dari YP Secara One-Off. Ini Senarai Penerima & Cara Memohon

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah  Bantuan Kewangan Dari YP yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai  Bantuan Kewangan Dari YP yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan

  • Geran Pra Siswazah: RM500
  • Geran Pasca Siswazah: RM1,000

Maklumat penuh mengenai geran boleh rujuk di sini: KLIK SINI

Syarat Kelayakan

  • Pemberian masih dikekalkan bermula tawaran di peringkat sijil sehinggalah ke peringkat Kedoktoran (PhD)
  • Tawaran yang melibatkan peringkat sijil hingga Ijazah Sarjana Muda dikenali sebagai Geran Pra Siswazah
  • Peringkat Sarjana serta Kedoktoran dikenali sebagai Geran Pasca Siswazah.
  • Penerima hanya boleh memohon sekali sahaja bagi setiap kategori. jika pelajar telah menerima geran ipt semasa asasi/matrikulasi/tamhidi/pra/diploma adalah tidak layak untuk memohon geran pra siswazah (ijazah sarjana muda).

Pemberian Geran Bantuan Pelajar ke IPT merupakan inisiatif dan rasa terima kasih Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) kepada anak-anak Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari.

Cara Memohon Bantuan

Untuk memohon bantuan kewangan, anda boleh melakukan secara online di pautan berikut: https://eyayasan2.yp.org.my/egeran/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *