Permohonan ditutup hujung bulan ini: Cara memohon Bantuan Kewangan MAIJ RM300 – RM1,000

Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan dan Negeri. Antaranya termasuklah melalui bantuan zakat melalui majlis-majlis agama Islam negeri.

Antaranya termasuklah sebuah bantuan oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) yang dikenali sebagai Skim Bantuan Zakat – Pendaftaran Institusi Pengajian IPT Dalam Negara.

Bantuan ini diberikan kepada para mahasiswa yang mendaftar di pengajian IPT Dalam Negara bagi peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Semester Pertama. Berikut adalah maklumat lanjut mengenainya:

Kadar Bantuan

Kadar bantuan di bawah MAIJ ini adalah sebanyak RM300 (Sijil), RM500 (Diploma) dan RM1,000 (Ijazah Sarjana Muda).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia beragama Islam;
  • Anak kelahiran Johor dan menetap di Negeri Johor;
  • Bermastautin di negeri Johor sekurang-kurangnya lima tahun;
  • Mendapat surat tawaran menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan;
  • Advertisement
    Advertisement
  • Pendapatan per kapita tidak melebihi RM500 setiap tanggungan (termasuk ketua keluarga);
  • Terbuka untuk kemasukan pendaffaran SEMESTER PERTAMA SAHAJA.

Cara Memohon

Kepada yang ingin memohon skim bantuan ini, permohonan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi bantuan yang diterbitkan oleh MAIJ.

Permohonan juga hendaklah dilaksanakan secara atas talian di sistem yang ditetapkan dan lampiran dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dimuat naik melalui sistem bersama-sama permohonan yang telah lengkap diisi.

Permohonan dibuka selama sebulan iaitu 01 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022.

Untuk maklumat lanjut dan teliti berkenaan bantuan ini, sila rujuk di laman sosial rasmi MAIJ atau DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *