Jawatan Kosong Jabatan Muzium Malaysia: Kelayakan Minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Peluang kerjaya kini dibuka kepada individu yang berkelayakan, bersemangat tinggi dan komited dalam membina masa depan profesional. Hebahan ini ditujukan kepada mereka yang memiliki kemahiran relevan, sikap positif serta keupayaan bekerja dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar.
Jawatan yang ditawarkan memberi ruang untuk menimba pengalaman, memperkukuh kemahiran serta mengembangkan potensi diri ke tahap lebih tinggi.
Calon yang berminat digalakkan untuk merebut peluang ini sebagai langkah penting dalam perkembangan kerjaya. Jangan lepaskan peluang untuk memohon dan meneroka prospek pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.
Jawatan Kosong Jabatan Muzium Malaysia
PEMBANTU MUZIUM GRED S1
- Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial
- Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
- Jadual Gaji : RM1,500 – RM4,680
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100
Syarat – Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam salah satu subjek Sejarah, Kesusasteraan, Sains, Geografi, Fizik, Kimia atau Biologi pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan pada Gred S1: RM1,500.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S1: RM1,561.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S1: RM1,622.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM / SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon
Permohonan jawatan kosong ini boleh dikemukakan secara atas talian melalui Sistem Permohonan Jawatan SPA (SPA9) dengan membuat pendaftaran (bagi yang belum mendaftar) dan mengisi maklumat permohonan secara lengkap, tepat serta benar.
Permohonan jawatan kosong ini dibuka sehingga 25 Ogos 2026 (Selasa), jam 11.59 malam. Hanya calon yang melepasi tapisan dan saringan sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Dimaklumkan juga bahawa calon hanya memohon jawatan yang sesuai dengan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Maklumat lebih lengkap dan terperinci tentang jawatan kosong ini, sila layari Portal SPA – DI SINI.
Info Tambahan
Jabatan Muzium Malaysia (JMM) adalah sebuah jabatan kerajaan di bawah Kementerian Perpaduan Negara Malaysia yang bertanggungjawab menyelidik, mengumpul, memelihara, dan mempamerkan warisan sejarah, kebudayaan, serta alam semula jadi negara. Jabatan ini beribu pejabat di Jalan Damansara, Kuala Lumpur, dan menguruskan pelbagai muzium utama di seluruh negara.
Objektif utama Jabatan Muzium Malaysia (JMM) adalah menjalankan kerja-kerja pengumpulan, pemuliharaan dan pengekalan sejarah, budaya dan alam semula jadi negara, serta menyebarkan ilmu pengetahuan melalui aktiviti pameran, program-program pendidikan dan pengembangan muzium.
Hala tuju JMM pula adalah seperti berikut:
- Mengemaskini dan melengkapkan data-data koleksi sedia ada;
- Menyediakan repositori dan makmal konservasi yang serba lengkap;
- Menghasilkan penyelidikan berwibawa;
- Menyediakan modal insan terlatih didalam bidang permuziuman;
- Menyediakan pameran menarik;
- Menjadi institusi permuziuman yang unggul.
Fungsi JMM merangkumi:
- Menyelidik, mengumpul, memelihara sejarah, kebudayaan dan alam semula jadi negara;
- Mengurus muzium-muzium di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia dan memberi khidmat kepakaran serta nasihat kepada muzium-muzium negeri, jabatan kerajaan dan swasta;
- Mendokumentasikan koleksi jabatan dan menerbitkan hasil penyelidikan;
- Memberi khidmat pengembangan ilmu pengetahuan melalui pameran, ceramah, bengkel, seminar, forum dan persidangan serta lawatan berpandu ke galeri-galeri pameran.
Nilai-nilai bersama JMM adalah Sinergi iaitu bersatu menjalinkan kerjasama bersinergi dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah, selaras dengan visi, misi dan objektif jabatan ke arah mendokong agenda pembangunan negara. Profesional – berpegang pada ciri-ciri profesionalisme dalam melaksanakan tugas dan bertanggungjawab dengan bersikap bijaksana, mendahulukan kepentingan awam serta komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik
Seterusnya, Inovatif – sentiasa melakukan perubahan untuk penambahbaikan perkhidmatan dan penghasilan produk melalui amalan kerja yang kreatif dan inovatif selaras dengan fungsi jabatan yang terlibat dalam perkhidmatan hospitaliti dan industri kreatif. Kreatif – kemampuan / kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru serta asli.



