Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia (UPM) Sesi 2026: Tawaran Gaji RM3,000
Peluang kerjaya kini dibuka kepada individu yang berkelayakan, bersemangat tinggi dan komited dalam membina masa depan profesional. Hebahan ini ditujukan kepada mereka yang memiliki kemahiran relevan, sikap positif serta keupayaan bekerja dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar.
Jawatan yang ditawarkan memberi ruang untuk menimba pengalaman, memperkukuh kemahiran serta mengembangkan potensi diri ke tahap lebih tinggi.
Calon yang berminat digalakkan untuk merebut peluang ini sebagai langkah penting dalam perkembangan kerjaya. Jangan lepaskan peluang untuk memohon dan meneroka prospek pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.
Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia (UPM)
PEGAWAI EKSEKUTIF 3
- Gred : PE 3
- Kumpulan : Pengurusan Dan Profesional
- Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan (N)
- Kesetaraan Jawatan : Pegawai Tadbir (Gred 9)
- Taraf Jawatan : KontrakTerma Lantikan : Sepenuh Masa
- Pusat Tanggungjawab : Pusat Transformasi Komuniti Universiti
- Imbuhan Bulanan : Rm3,000 (Fixed All-in)
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Bebas dari tindakan tatatertib dan jenayah.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki:
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pemasaran atau Komunikasi atau Pengurusan Pelancongan atau Pengurusan Acara atau Pentadbiran Perniagaan atau Pendidikan atau Komunikasi Korporat atau bidang lain yang bersesuaian; dan
- Pengalaman 1 hingga 3 tahun bekerja dalam bidang berkaitan
Syarat-syarat tambahan (calon yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan akan diberikan keutamaan):
- Pengalaman dalam pengurusan program, promosi, outreach, atau customer engagement;
- Pengalaman dalam penyelarasan lawatan, event, pameran, atau aktiviti pendidikan;
- Kemahiran menghasilkan bahan promosi dan kandungan digital;
- Kemahiran menggunakan Microsoft Office, Google Workspace, Canva, dan Media Sosial;
- Kemahiran komunikasi dan penulisan yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
- Kebolehan bekerja secara berdikari, proaktif, dan berorientasikan hasil;
- Kesediaan menjalankan tugasan di luar pejabat, termasuk lawatan promosi, outreach, pameran, dan program lapangan.
Bidang Tugas
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan program serta pakej eDU-PARK termasuk pembangunan modul dan edutourism;
- Mengurus promosi dan hebahan melalui pelbagai platform serta melaksanakan aktiviti outreach kepada pihak berkepentingan;
- Menyelaras urusan lawatan, tempahan dan bertindak sebagai pegawai penghubung kepada pelanggan;
- Menyediakan dan mengemas kini bahan promosi serta kandungan hebahan eDU-PARK;
- Menyediakan laporan, memantau prestasi program serta mengurus rekod dan pangkalan data pelanggan.
Cara Memohon
Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dilaksanakan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen disahkan iaitu Salinan Kad Pengenalan (berpalang); Sijil Akademik; Sijil-sijil yang berkaitan dan Curriculum Vitae (CV) terkini.
Pemohon hendaklah memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan sahih. Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Ia kemudiannya perlu dihantar ke melalui pautan yang disediakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan. Hanya calon yang layak dan melepasi saringan sahaja akan dipanggil menghadiri sesi temuduga.
Manakala, calon yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh masa satu bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan jawatan kosong ini ditetapkan pada 24 Mei 2026 (Ahad).
Info lebih terperinci dan rasmi berkenaan kekosongan jawatan-jawatan ini, sila layari laman sosial rasmi Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia (UPM) – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Matlamat UCTC adalah untuk menjadi pusat rujukan transformasi komuniti khususnya untuk pembangunan dan pemantapan pertanian, industri asas tani, dan sumber biologi di peringkat negara dan antarabangsa.
Ia juga berperanan sebagai:
- Mendukung Matlamat 3 Universiti untuk melestarikan ekosistem jaringan industri dan masyarakat:
- Melestarikan ekosistem jaringan industri dan masyarakat dengan memanfaatkan kepakaran.
- Memperkukuhkan kerjasama strategik dengan industri dan komuniti.
- Memperluaskan impak pendapatan melalui aktiviti jaringan industri dan masyarakat
- Mendukung Matlamat 4 Universiti untuk memperkasakan pertanian dan ketahanan sekuriti makanan:
- Meningkatkan keterampilan displin pertanian dan modal insan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Menjadi pusat rujukan pengembangan pertanian.
Fungsi UCTC pula adalah seperti berikut:
- Mewujud dan memperkasakan jalinan dan pakatan strategik dengan pihak berkepentingan dan komuniti, institusi awam dan swasta di dalam dan di luar negara melalui aktiviti transformasi komuniti;
- Memperkasa program pengembangan, keusahawanan dan pemajuan profesional/latihan dalam pelbagai bidang yang tersusun dan terfokus;
- Mewujud dan memperkasakan penglibatan bersama komuniti melalui program pengembangan, keusahawanan dan pemajuan professional dalam pelbagai bidang yang tersusun dan berfokus;
- Menyelaras program / aktiviti transformasi komuniti dengan kerjasama Pusat Tanggungjawab) UPM dan pemegang taruh berkepentingan; dan
- Menyelaras dan menguruskan Geran Program Pemindahan Ilmu berkaitan transformasi komuniti.



