Jawatan Kosong Jabatan Pengairan dan Saliran: 9 Kekosongan Jawatan
Peluang kerjaya kini dibuka kepada individu yang berkelayakan, bersemangat tinggi dan komited dalam membina masa depan profesional. Hebahan ini ditujukan kepada mereka yang memiliki kemahiran relevan, sikap positif serta keupayaan bekerja dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar.
Jawatan yang ditawarkan memberi ruang untuk menimba pengalaman, memperkukuh kemahiran serta mengembangkan potensi diri ke tahap lebih tinggi.
Calon yang berminat digalakkan untuk merebut peluang ini sebagai langkah penting dalam perkembangan kerjaya. Jangan lepaskan peluang untuk memohon dan meneroka prospek pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.
Jawatan Kosong Jabatan Pengairan dan Saliran
PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1
- Penempatan: Jabatan Pengairan dan Saliran Pontian
- Jenis Jawatan: Personel MySTEP
- Kekosongan: 9
- Kadar Upah: RM1,700 (PMR) & RM1,900 (SPM)
- Kemudahan: Caruman KWSP, Caruman Perkeso, Cuti Rehat, Cuti Sakit
Syarat-Syarat Kelayakan
- Calon hendaklah merupakan warganegara Malaysia;
- Calon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas;
- Memiliki kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Anak jati negeri Johor (bermastautin di Pontian).
Cara Memohon
Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dilaksanakan dengan menghantar resume terkini, gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan dan salinan sijil-sijil akademik (yang disahkan) ke alamat:
JURUTERA DAERAH, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Pontian, 82000 Pontian, Johor.
Pemohon hendaklah memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan sahih. Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh tutup permohonan jawatan-jawatan ini adalah pada 12 Mei 2026 (Selasa).
Info lebih terperinci dan rasmi berkenaan kekosongan jawatan-jawatan ini, sila layari laman sosial rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Pontian – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Objektif utama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) adalah menyediakan perkhidmatan kejuruteraan yang di luar kemampuan sesuatu kumpulan sasar dan seterusnya memastikan penggunaan tanah yang optimum dan pengurusan air negara yang cekap.
JPS Malaysia juga komited terhadap budaya kerja cemerlang yang tertumpu pada perbaikan yang berterusan ke arah kepuasan pelanggan dan pekerja.
Sejarah JPS pada tahu 1945, adalah dengan diberikan penekanan terhadap pemulihan kerja-kerja pengairan. Dasar Kerajaan telah dibentuk untuk mengurangkan pergantungan negara terhadap bekalan makanan import, dengan penekanan ke arah mampu diri beras, dan semua usaha telah dibuat bagi meningkatkan pengeluaran padi tempatan. Berikutan Kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, penekanan yang lebih besar diberikan terhadap peningkatan pendapatan dan peluang pekerjaan rakyat miskin luar bandar.
Berikutan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Jabatan Parit dan Tali Air Negeri tambahan telah ditubuhkan di Sabah dan Sarawak dan ini menambah bilangan Jabatan-jabatan Negeri kepada tiga belas dengan Ibu Pejabat Persekutuan dipertanggungjawabkan dengan hal ehwal parit dan tali air keseluruhan negara ini.
Peningkatan yang besar dalam pembangunan selepas tahun 1957 dibayangkan dengan kawasan yang disediakan dengan kemudahan pengairan yang meningkat daripada 205,000 hektar (3,000 hektar dengan kemudahan penanaman dua kali setahun) kepada 332,000 hektar (249,000 hektar dengan kemudahan penanaman dua kali setahun) menjelang akhir tahun 1981. Kawasan yang disediakan dengan kemudahan saliran, juga telah bertambah daripada 142,000 hektar kepada 476,000 hektar dalam tempoh yang sama.
Kawasan yang disediakan dengan kemudahan saliran, juga telah bertambah daripada 142,000 hektar kepada 476,000 hektar dalam tempoh yang sama. Berikutan kejadian ini, tebatan banjir telah dijadikan tanggungjawab tambahan Jabatan daripada tahun 1972 dan seterusnya.
Sejak tahun 1986, kejuruteraan pinggir laut telah menjadi satu lagi fungsi tambahan JPS. Jabatan ini yang berada di bawah arahan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, selama bertahun-tahun ini telah memikul tanggungjawab yang baru dan tanggungjawab yang diperluaskan. Kini, tugas-tugas JPS merangkumi :
- Pengurusan Lembangan Sungai dan Zon Pantai
- Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi
- Projek Khas
- Pengurusan Banjir
- Saliran Mesra Alam
JPS melalui piagam pelanggannya akan menyediakan perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam perancangan, rekabentuk dan pelaksanaan program-program pengurusan banjir, lembangan sungai, zon pantai, saliran mesra alam serta sumber air dan hidrologi. Perkhidmatan kami akan berdasarkan amalan kejuruteraan terbaik dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar, ekonomi dan sosial.



