RM600 Tunai Dikreditkan Terus Ke Akaun Penerima Khamis Ini: Jadual Penuh Bayaran Bantuan BWE

Warga emas merupakan golongan yang amat dihormati dan dihargai dalam masyarakat. Mereka adalah individu yang telah melalui pelbagai fasa kehidupan — membina keluarga, menyumbang kepada ekonomi negara, serta memikul tanggungjawab sosial dalam pelbagai bentuk.

Kini, apabila usia menjangkau 60 tahun dan ke atas, mereka berhak menikmati kehidupan yang tenang, sejahtera dan bermaruah. Namun begitu, realiti kehidupan warga emas di Malaysia tidak selalunya indah. Ramai yang masih terpaksa bekerja demi kelangsungan hidup, menghadapi masalah kesihatan kronik, kesunyian akibat terasing daripada keluarga, serta kekurangan sokongan sosial.

Dengan populasi warga emas yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, Malaysia kini bergerak ke arah menjadi negara tua menjelang 2030. Ini bermakna lebih banyak perhatian dan perancangan perlu diberikan bagi memastikan kebajikan golongan ini tidak terpinggir. Pelbagai dasar dan bantuan telah diwujudkan oleh kerajaan seperti bantuan kewangan, perkhidmatan kesihatan percuma, dan pusat jagaan harian. Namun, usaha ini perlu digandakan dan diperkukuh agar benar-benar memberi kesan yang positif kepada kehidupan mereka.

Sokongan daripada keluarga, komuniti dan masyarakat juga amat penting. Warga emas bukan beban, malah mereka boleh terus menyumbang kepada masyarakat melalui pengalaman, ilmu dan nasihat yang bernilai. Oleh itu, kita semua bertanggungjawab untuk memastikan mereka diberi peluang menjalani hari-hari tua dengan penuh kebahagiaan, dihormati dan disayangi. Menjaga kebajikan warga emas bukan hanya soal dasar kerajaan, tetapi cerminan nilai kemanusiaan dalam masyarakat kita.

Oleh itu, terdapat bantuan-bantuan yang diperkenalkan bagi membantu golongan warga emas yang memerlukan. Antara bantuan itu adalah…

Bantuan Warga Emas (BWE)

Bantuan Warga Emas atau BWE adalah bantuan bulanan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bantuan ini diperkenalkab bagi meringankan beban warga emas yang memerlukan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar bantuan ini juga telah dinaikkan kepada RM600 setiap bulan di bawah Belanjawan 2025, berbanding RM500 setiap bulan sebelum ini.

Syarat-Syarat Kelayakan BWE

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
  • Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain/ penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa/ PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian/ berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma; ATAU
  • Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Labuan (PKMN/WPKL/WPL).

Cara Memohon

Bagi permohonan BWE, ia boleh dilaksanakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat yang terdekat. Pemohon juga perlu membawa dokumen-dokumen berikut ketika mengemukakan permohonan:

  • Salinan MyKad pemohon;
  • Salinan MyKad/ MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Surat/ Penyata pendapatan daripada majikan; atau
  • Akuan pendapatan daripada Penghulu/ Penggawa/ Pemimpin masyarakat atau mana-mana individu yang diangkat atau dipilih untuk memimpin dan mewakili masyarakat di peringkat setempat oleh Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan (Lampiran 4: Borang Pengesahan Pendapatan/ Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau
  • Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri);
  • Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air/ elektrik/ telefon dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat);
  • Salinan penyata akaun bank terkini/ slip pengesahan akaun bank terkini; dan
  • Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).

Pembayaran bantuan ini dibuat setiap bulan, bermula pada 10 hari bulan. Kaedah pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang layak dan diluluskan permohonannya.

Info Tambahan

Untuk makluman, warga emas ditakrifkan sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Di bawah JKM, terdapat beberapa Pusat Aktiviti Warga Emas atau PAWE.

Pusat ini adalah tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (developmental) kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara KPWKM dengan agensi kerajaan yang lain serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

KPWE juga memberi kemudahan kepada warga emas untuk menjalankan aktiviti bersama komuniti dengan menekankan elemen Program Berteraskan Komuniti, Intergenerasi dan Interaktif.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Objektif pusat ini adalah:

  • Mempelbagai dan memperluaskan kemudahan-kemudahan untuk kesejahteraan dan pembangunan warga emas;
  • Menghargai warga emas melalui perkongsian pengalaman & kepakaran mereka;
  • Menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak dalam pembangunan warga emas; dan
  • Meningkatkan kualiti hidup warga emas selari dengan konsep warga emas aktif dan produktif.

Bagi maklumat terperinci berkenaan bantuan dan kemudahan kepada warga emas, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *