Bantuan Wang RM200 Dikreditkan Setiap Bulan: Berikut Senarai Penerima & Cara Pembayaran
Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.
Salah satu bantuan yang ramain terlepas pandang adalah Bantuan Latihan Perantis (BLP) yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.
Tujuan Bantuan Latihan Perantis
Membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.
Kadar Bantuan
RM200 sebulan seorang.
Syarat Kelayakan Bantuan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
- Kes-kes seliaan akhlak; atau
- Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
- Nota: Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
Cara Pembayaran
Semua penerima bantuan terbabit akan menerima bayaran yang disalurkan sepenuhnya melalui akaun bank masing-masing.
Cara Memohon Bantuan
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Borang-Borang Berkaitan
Muat turun borang-borang berikut: