RM900 Dikreditkan Terus Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Jun 2025): Ini Maklumat Penuh Bantuan SYUKUR 2025

Dalam struktur ekonomi Malaysia, rakyat sering dibahagikan kepada tiga kumpulan utama berdasarkan pendapatan isi rumah, iaitu T20 (20% teratas), M40 (40% pertengahan), dan B40 (40% terbawah). Golongan B40 merujuk kepada kumpulan isi rumah yang memperoleh pendapatan bulanan terendah dalam negara, biasanya kurang daripada RM4,850 sebulan (mengikut data dan semakan terkini oleh Jabatan Perangkaan Malaysia).

Golongan ini merangkumi pelbagai latar belakang, termasuk pekerja am, peniaga kecil, petani, nelayan, penjaja, dan mereka yang bekerja dalam sektor tidak formal. Ramai dalam kalangan mereka tinggal di kawasan luar bandar atau pinggir bandar dan berdepan pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian, termasuk kos sara hidup yang semakin meningkat, akses terhad kepada pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan yang mahal, dan peluang pekerjaan yang terhad. Ketidaktentuan ekonomi turut memburukkan lagi keadaan golongan ini, menyebabkan ramai yang tergelincir lebih jauh ke dalam kemiskinan.

Kerajaan Malaysia menyedari keperluan untuk melindungi dan menyokong golongan B40, lalu pelbagai inisiatif telah diperkenalkan – antaranya subsidi makanan, bantuan persekolahan, skim perlindungan kesihatan seperti Peka B40 dan MySalam, serta program latihan kemahiran dan keusahawanan. Semua ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup golongan ini agar mereka tidak terus tertinggal dalam arus pembangunan negara.

Namun begitu, tanggungjawab membela golongan B40 bukan hanya terletak di bahu kerajaan semata-mata. Sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO), dan masyarakat umum juga memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang, kemudahan dan sokongan berterusan. Pendidikan, latihan vokasional, serta peluang perniagaan kecil-kecilan perlu diperluas supaya golongan ini mampu keluar dari belenggu kemiskinan secara berperingkat dan berdikari.

Dalam masa sama, terdapat juga bantuan tunai yang diberikan khusus kepada golongan B40 yang memerlukan. Ini adalah antara bantuan yang telah diperkenalkan itu.

Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 (SYUKUR)

Di bawah Kerajaan Negeri Sabah, terdapat sebuah bantuan tunai yang diperkenalkan dan ia dikenali sebagai Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR).

Bantuan ini berobjektif untuk meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas dan membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar.

Ia juga untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah dan sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.

Syarat-Syarat Kelayakan SYUKUR

  • Kriteria asas
    • Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024 (perlu memenuhi semua kriteria berikut);
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
    • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.
  • Serta memenuhi salah satu kriteria berikut
    • Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
    • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  • Bagi kategori miskin
    • Ketua Isi Rumah sahaja (seorang penerima); atau
  • Bagi kategori miskin tegar
    • Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak sebagai penerima; atau
    • Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah / anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di para (c.ii) masih di bawah paras kemiskinan tegar walaupun telah menerima bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat.

Kadar Bantuan SYUKUR

Kadar pembayaran bantuan ini adalah sebanyak RM3,600 setahun. Pembayarannya pula dibuat sebanyak 4 fasa dengan kadar RM900 setiap fasa.

  • Fasa 1 (Januari – Mac) : RM900
  • Fasa 2 (April – Jun) : RM900
  • Fasa 3 (Julai – September) : RM900
  • Fasa 4 (Oktober – Disember): RM900

Jadual pembayaran pula adalah seperti berikut:

Cara pembayaran SYUKUR pula dibuat dengan beberapa cara iaitudisalurkan terus ke akaun bank penerima; atau diberikan secara tunai; atau dikreditkan dalam e-Wallet YONO.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Bagi permohonan SYUKUR, ia boleh dibuat melalui sistem PADANS dalam Fasa 1. Verifikasi permohonan akan dilakukan bermula Mac hingga April 2025. Sekiranya permohonan itu diluluskan, pembayaran akan bermula pada Fasa 2 (Mei 2025).  Penerima akan menerima bayaran bagi fasa-fasa seterusnya selepas itu.

Maklumat lebih terperinci serta lengkap berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat boleh dilihat dan rujuk di Portal PADANS – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *