Tidak Dapat STR, Kalau Tidak Kemas Kini Maklumat: Ini Panduan Kemas Kini STR 2026
Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang ekonomi negara, mewakili sebahagian besar isi rumah di Malaysia yang berusaha keras untuk menampung kehidupan seharian. Namun, dalam keadaan ekonomi semasa yang semakin mencabar, kedua-dua kumpulan ini berdepan pelbagai tekanan dari segi kewangan, sosial, dan kos sara hidup yang terus meningkat.
Walaupun berbeza dari segi pendapatan, realitinya ramai dalam kalangan B40 dan M40 kini merasai kesan yang hampir sama, pendapatan yang tidak seiring dengan peningkatan harga barangan, perbelanjaan keluarga yang semakin tinggi, serta keperluan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ekonomi yang tidak menentu.
Bagi golongan B40, cabaran utama ialah memastikan pendapatan yang diperoleh cukup untuk menampung keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, dan pendidikan anak-anak. Kebanyakan daripada mereka bekerja dalam sektor tidak formal atau bergaji rendah, menjadikan kestabilan kewangan sesuatu yang sukar dicapai. Dalam masa yang sama, mereka juga berisiko tinggi terjejas akibat inflasi dan kenaikan kos perkhidmatan awam. Walaupun pelbagai bentuk bantuan kerajaan diperkenalkan, realitinya ramai masih bergelut untuk keluar daripada kitaran kemiskinan.
Golongan M40 pula sering dianggap selesa, tetapi hakikatnya ramai yang kini tergolong dalam kategori “terhimpit” atau “nyaris miskin.” Mereka mempunyai pendapatan tetap, namun beban hutang seperti pinjaman perumahan, kenderaan, dan pendidikan menjadikan lebihan pendapatan selepas perbelanjaan bulanan amat terhad.
Tambahan pula, mereka tidak layak menerima banyak bantuan kerajaan kerana dianggap berada dalam kumpulan berpendapatan sederhana. Akibatnya, ramai dalam kalangan M40 kini merasai tekanan kewangan yang semakin berat, terutama dengan kenaikan kos pendidikan dan kesihatan.
Secara keseluruhannya, cabaran golongan B40 dan M40 memerlukan perhatian serius daripada semua pihak, kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat. Usaha memperkukuh peluang pekerjaan, meningkatkan gaji yang setara dengan kos sara hidup, serta memperluas akses kepada bantuan bersasar amat penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Dalam dunia yang terus berubah ini, daya tahan dan sokongan berterusan menjadi kunci untuk memastikan golongan B40 dan M40 tidak terus ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
Antara usaha yang telah diperkenalkan adalah melalui sebuah program bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah atau STR. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan STR.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026
Di bawah Belanjawan 2026, pihak Kerajaan telah bersetuju meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR sebagai usaha meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Kelayakan bagi STR 2026 pula ditetapkan seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19-59 tahun; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Permohonan dan Kemas Kini STR 2026
Bagi permohonan STR 2026, ia dibuka sepanjang tahun dan boleh dimohon dengan dua kaedah utama iaitu secara dalam talian (online) atau manual.
Bagi permohonan secara dalam talian, ia boleh dibuat melalui Portal Rasmi STR dengan mengisi maklumat secara tepat, sahih dan benar. Manakala, secara manual pula adalah dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) yang boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / HASiL Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.
Borang STR 2026 yang telah lengkap diisi berserta dokumen-dokumen sokongan berkaitan kemudiannya boleh diserahkan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM. Dimaklumkan bahawa penghantaran borang secara e-mel adalah tidak diterima sama sekali.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Dalam masa sama, bagi penerima STR sedia ada yang tidak membuat sebarang dikemas kini selama 3 tahun berturut-turut adalah dikehendaki untuk mengemas kini permohonan STR 2026. Ia bagi memastikan maklumat yang diberikan masih tepat dengan keadaan semasa.
Kemas kini boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui Portal STR atau dengan mengisi dan menghantar Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR ke Pejabat HASiL / HASiL Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Borang kemas kini itu boleh didapati melalui Portal Rasmi STR atau di Pejabat HASiL / HASiL Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat.
Akan tetapi, penerima digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat Permohonan STR secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat.
Bagi maklumat lebih lengkap dan terperinci berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, sila rujuk di portal rasminya – DI SINI.



