Bantuan TUNS RM3,000 Telah Mula Dibayar Kepada Penerima: Ini Cara Semak Status Pembayaran
Peniaga dan penjaja kecil merupakan antara tulang belakang ekonomi negara, khususnya dalam menyediakan keperluan harian masyarakat dengan harga berpatutan. Dari gerai tepi jalan, pasar malam, hingga ke medan selera, golongan ini berperanan penting dalam memacu pusingan ekonomi setempat. Namun di sebalik kegigihan mereka mencari rezeki, terdapat pelbagai cabaran yang harus ditempuh untuk memastikan kelangsungan perniagaan.
Salah satu cabaran utama ialah kos operasi yang semakin meningkat. Harga bahan mentah, sewa tapak, serta utiliti yang kian tinggi memberi tekanan besar kepada peniaga kecil yang beroperasi dengan modal terhad. Ditambah pula dengan persaingan daripada pasar raya besar, platform e-dagang dan perniagaan berjenama, penjaja kecil sering berdepan kesukaran menarik pelanggan, apatah lagi mengekalkan keuntungan.
Selain itu, faktor pengurusan dan kawalan kewangan juga menjadi cabaran ketara. Ramai peniaga kecil menjalankan perniagaan secara tradisional tanpa perancangan kewangan yang teratur. Keadaan ini menyukarkan mereka untuk berkembang, apatah lagi mendapatkan pinjaman atau bantuan modal daripada institusi kewangan.
Di samping itu, perubahan gaya hidup pengguna yang semakin cenderung kepada pembelian secara digital memaksa peniaga kecil menyesuaikan diri dengan teknologi, sesuatu yang tidak mudah bagi mereka yang kurang pendedahan atau kemahiran dalam bidang tersebut.
Tidak ketinggalan, cabaran dari aspek penguatkuasaan undang-undang dan lesen perniagaan juga sering menekan penjaja kecil. Isu permit, kebersihan, dan lokasi yang terhad kadang kala menyebabkan mereka terpaksa berpindah-randah untuk mencari tapak berniaga. Semua ini menunjukkan bahawa walaupun peniaga kecil menjadi nadi ekonomi rakyat, mereka masih berdepan pelbagai halangan yang memerlukan perhatian serius daripada semua pihak.
Bagi membantu mereka, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan antaranya melalui sebuan bantuan berbentuk geran yang dikenali sebagai TUNS. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan geran berkenaan.
Bantuan TUNS 2025
TUNS atau Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) adalah sebuah progtam bantuan pembiayaan secara geran sebanyak RM3,000 yang diberikan kepada penjaja dan peniaga kecil di Negeri Sembilan.
Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah bagi melahirkan lebih ramai usahawan kecil melalui sokongan dan inisiatif yang disediakan. Bantuan ini juga diharap dapat memperkukuh perniagaan sedia ada agar mampu berkembang ke tahap yang lebih baik berbanding sebelumnya.
Secara tidak langsung, TUNS turut berperanan membuka lebih banyak peluang pekerjaan sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi negeri. Menerusi Belanjawan Negeri Sembilan 2025 bertemakan “Bersama Membina Negeri Madani”, Kerajaan Negeri Sembilan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan TUNS bagi tahun ketujuh dengan peruntukan berjumlah RM3 juta.
Syarat-Syarat Kelayakan TUNS 2025
- Warganegara Malaysia;
- Anak Negeri Sembilan atau Pengundi Negeri Sembilan;
- Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012/ Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) dan masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan dan telah didaftarkan serta beroperasi selama tempoh tiga bulan sebelum permohonan dibuat;
- Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan;
- Penjaja atau peniaga kecil yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000.00;
- Mempunyai akaun perniagaan yang sah dan aktif dalam tempoh tiga bulan;
- Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa;
- Pemohon tidak berstatus muflis; dan
- Tidak pernah menerima TUNS.
Jenis-jenis perniagaan yang layak menerima TUNS pula adalah seperti berikut:
- Minuman dan makanan;
- Bakeri, pastri dan kuih-muih;
- Khidmat jahitan;
- Pertanian/penternakan/perikanan;
- Salon kecantikan dan gunting rambut;
- Kraf tangan dan cenderamata;
- Peruncitan;
- Fotografi; dan
- Lain-lain perkhidmatan (selain insurans, institusi kewangan dan pembekalan tenaga kerja).
Komponen Pembiayaan TUNS
Pembiayaan TUNS terbahagi kepada 4 komponen utama iaitu:
Pembelian mesin dan peralatan perniagaan
Meliputi pembelian mesin atau peralatan yang berkaitan secara langsung dengan jenis perniagaan yang dijalankan oleh pemohon. Jika pemohon mempunyai pelbagai kod bidang yang didaftarkan dalam penyata pendaftaran perniagaan, permohonan yang dibuat hendaklah mewakili sektor utama perniagaan pemohon.
Pembangunan produk
Meliputi aktiviti pembangunan produk perniagaan yang dilaksanakan sama ada secara langsung oleh pemohon atau melalui perkhidmatan konsultan. Skop ini merangkumi pembangunan jenama seperti logo dan tagline, serta reka bentuk pembungkusan produk. Selain itu, ia juga termasuk usaha mendapatkan persijilan, menjalankan ujian makmal bagi tujuan penentuan fakta nutrisi, pemanjangan jangka hayat produk, dan lain-lain aktiviti berkaitan.
Promosi dan pemasaran
Melibatkan aktiviti promosi dan pemasaran bagi tujuan memperkenalkan perniagaan atau produk. Skop pembiayaan ini merangkumi sewaan papan iklan, percetakan bahan promosi, serta pengiklanan melalui media massa dan platform media sosial.
Pembelian bahan mentah
Melibatkan pembelian bahan mentah bagi perniagaan utama yang dijalankan. Permohonan di bawah komponen ini berasaskan konsep tuntutan semula untuk tahun semasa. Oleh itu, pemohon dikehendaki mengemukakan resit asal pembelian kepada urus setia sebagai bukti sokongan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Semak Status TUNS 2025
Untuk makluman, permohonan TUNS telah pun ditutup pada 31 Mac 2025 pada jam 11.59 malam. Manakala, semakan status permohonan pula boleh dibuat dengan di Portal Rasmi TUNS dengan tatacara berikut:
- Layari portal rasmi TUNS;
- Klik pada butang “Semak Permohonan”;
- Isi maklumat No Kad Pengenalan dan Nombor Telefon;
- Klik pada butang “Semak Permohonan”.
Maklumat lebih lengkap serta terperinci berkenaan program bantuan pembiayaan ini boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.