RM100 Dikreditkan Automatik Bulan Ini (Ogos 2025): Ini Maklumat Penuh Bantuan Sempena Hari Merdeka

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu kos sara hidup telah menjadi antara topik paling hangat dibincangkan di Malaysia. Kenaikan harga barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, ayam, telur, dan sayur-sayuran memberi kesan besar kepada rakyat, terutamanya golongan B40 dan M40. Bagi kebanyakan keluarga, setiap sen yang dibelanjakan perlu dirancang dengan teliti bagi memastikan keperluan asas dapat dipenuhi tanpa menjejaskan kestabilan kewangan bulanan.

Kos sara hidup merangkumi pelbagai aspek kehidupan termasuk perbelanjaan makanan, sewa rumah, bil utiliti, pengangkutan, pendidikan anak-anak serta kos penjagaan kesihatan. Apabila harga barangan naik tetapi pendapatan kekal pada tahap sama, kuasa beli pengguna akan menurun. Situasi ini memaksa ramai isi rumah untuk membuat pelbagai pengorbanan – daripada mengurangkan pembelian barangan bukan keperluan sehinggalah mengambil kerja sampingan demi menampung keperluan keluarga.

Keperluan harian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal merupakan asas kepada kelangsungan hidup. Namun begitu, dalam keadaan ekonomi yang mencabar, barangan keperluan ini semakin sukar diperoleh dengan harga berpatutan. Kenaikan harga bahan mentah global, gangguan rantaian bekalan, perubahan iklim serta kadar inflasi yang meningkat menjadi antara punca utama lonjakan harga.

Kerajaan dan pelbagai agensi berkaitan telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi meringankan beban rakyat. Ini termasuklah pemberian subsidi, bantuan tunai bersasar seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), program Jualan Rahmah, serta pengawalan harga barangan tertentu. Namun begitu, cabaran utama masih lagi terletak pada kebolehcapaian bantuan tersebut serta keberkesanannya dalam jangka panjang.

Dalam menghadapi tekanan kos sara hidup, perancangan kewangan yang bijak dan kesedaran pengguna menjadi kunci penting. Rakyat disarankan agar lebih berhemah dalam berbelanja, membandingkan harga, serta mengambil peluang daripada program diskaun atau bantuan kerajaan yang ditawarkan. Pada masa sama, kerjasama antara sektor awam dan swasta amat diperlukan dalam merangka penyelesaian yang lebih mampan bagi menangani isu sara hidup ini secara menyeluruh.

Antara usaha yang telah diperkenalkan adalah melalui bantuan yang diumumkan oleh pihak Kerajaan bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan/kebangsaan. Ini adalah maklumat lebih lanjut tentangnya.

Bantuan Sempena Hari Merdeka

Pada 23 Julai lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa perkara yang bertemakan “Pengharaan Untuk Rakyat Malaysia”. Antaranya adalah pengumuman pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara sekaligus (one-off) sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

“Sukacita diumumkan bersempena Hari Kebangsaan 31 Ogos 2025, setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 secara one-off melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA),” petikan ucapan Perdana Menteri.

Bantuan SARA itu akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas, tanpa mengira setatus ekonomi dan pendapatan bulanan.  Ia akan dikreditkan terus ke akaun penerima melalui Kad Pengenalan (MyKad) masing-masing bermula pada 31 Ogos 2025 nanti.

Penerima kemudiannya boleh menggunakan SARA ini dari tarikh 31 Ogos hingga 31 Disember 2025 bagi membeli barangan keperluan harian di lebih daripada 1,200 rakan niaga di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Barangan yang boleh dibeli pula adalah terdiri daripada 14 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Dimaklumkan bahawa bantuan ini diberikan secara automatik kepada setiap penerima, dan ia tidak melibatkan sebarang permohonan.

Cara Membuat Pembelian

Tatacara membuat pembelian tanpa tunai menggunakan SARA adalah seperti berikut:

  • Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  • Tukar Nombor Pin: Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu.
  • Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  • Simpan Resit Untuk Semakan: Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Selain itu, pihak Kerajaan juga mengumumkan tarikh 15 September 2025 (Isnin) sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

Ia adalah bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia. Ini juga bagi memberi galakan agar rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *