RM300 e-Dompet Dikreditkan Bulan Ini Disember 2024: Ini Maklumat Penuh BINGKAS 2024

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Malaysia semakin terbeban dengan isu kenaikan kos sara hidup. Harga barangan keperluan harian seperti makanan, pakaian, dan perkhidmatan terus meningkat, memberi tekanan kepada isi rumah dari pelbagai lapisan masyarakat. Situasi ini bukan sahaja menjejaskan golongan berpendapatan rendah, malah turut dirasai oleh kelas pertengahan yang kini perlu lebih berhati-hati dalam pengurusan kewangan.

Faktor seperti inflasi, ketidakstabilan ekonomi global, dan kos import yang meningkat akibat nilai mata wang yang lemah, menjadi penyumbang utama kepada permasalahan ini. Lebih meresahkan, gaji dan pendapatan kebanyakan pekerja tidak menunjukkan kenaikan yang seiring dengan peningkatan kos sara hidup.

Akibatnya, ramai terpaksa membuat perubahan gaya hidup seperti mengurangkan perbelanjaan tidak penting, memilih jenama lebih murah, atau mencari pekerjaan sampingan untuk menambah pendapatan.

Walaupun terdapat pelbagai inisiatif kerajaan seperti subsidi, bantuan tunai, dan program latihan kemahiran, ramai yang merasakan langkah-langkah ini masih belum mencukupi untuk meringankan beban mereka. Dalam dunia yang semakin mencabar ini, adalah penting untuk setiap individu dan keluarga memahami strategi pengurusan kewangan dengan lebih baik, termasuk menabung, melabur, dan merancang bajet bulanan dengan bijak.

Dalam masa sama, pihak terdapat juga bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan dan Negeri. Berikut adalah maklumat lanjut bekenaan bantuan yang telah diperkenalkan itu: –

Bantuan RM300 e-Dompet Setiap Bulan

Di bawah Kerajaan Negeri Selangor, terdapat sebuah bantuan yang telah diperkenalkan dan ia dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).  Ia dirangkakan khas untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan keluarga penduduk Selangor.

BINGKAS pada asasnya diberikan dalam bentuk e-Dompet sebanyak RM300 setiap bulan bagi membantu keluarga yang memerlukan bagi membeli barangan keperluan asas dan alat pendidikan.

Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi dan memperkukuh keharmonian keluarga serta kemakmuran di Selangor.

BINGKAS hadir dengan pelbagai manfaat iaitu:

  • E-Dompet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar;
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (melalui e-Wallet);
  • Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300;
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan hadapan;
  • E-Dompet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
  • Pemilih berdaftar di Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua orang berusia 18 tahun ke bawah;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat, permohonan BINGKAS boleh dibuat secara dalam talian (online) di Laman Web Rasmi BINGKAS. Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan berikut ketika membuat permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan);
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

 

Selain itu, permohonan juga boleh dibuat melalui Aplikasi SELANGKAH dengan melampirkan dokumen-dokumen sama.

Akan tetapi, permohonan BINGKAS bagi tahun 2024 telah pun ditutup.Sebarang permohonan baru BINGKAS akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Bagi maklumat lebih teliti dan lanjut berkenaan bantuan ini, sila lihat di Portal Rasminya – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *