MARDI buka banyak jawatan kosong bagi ambilan Julai 2024: Gaji sehingga RM9,618
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini sedang membuka pengambilan banyak kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain. Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan- jawatan yang dibuka:
Jawatan Kosong Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
- PEGAWAI PENYELIDIK Q41
- PEGAWAI TADBIR N41
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
- PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Q29
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
- PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29
- PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA29
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (PEREKA) N19
- PEMBANTU KEMAHIRAN H19
- PENGAWAL KESELAMATAN KP11
- PEMANDU KENDERAAN H11
- PEMBANTU AWAM H11
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia;
- Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas;
- Syarat-syarat kelayakan akademik yang lengkap boleh dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (mengikut jawatan).
Ringkasan Tugas
- PEGAWAI PENYELIDIK Q41
- Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan (R&D), memberi perkhidmatan kepakaran, latihan, khidmat perundangan dan penerbitan artikel dalam bidang yang berkaitan.
- PEGAWAI TADBIR N41
- Bertanggungjawab merancang, menggubal, menyelaras, melaksana dan menilai dasar dan peraturan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran am, pengurusan personel, pengurusan kewangan, pengurusan pentadbiran tanah dan undang-u
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
- Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta mengkaji semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan jabatan.
- PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Q29
- Bertanggungjawab membantu Pegawai Penyelidik menjalankan penyelidikan secara profesional dan berkualiti, menulis laporan, membuat pembentangan dan menerbitkan kertas kerja serta memberi latihan, khidmat nasihat. Membantu melaksanakan pembangunan pakej-pakej aplikasi teknologi remote sensing, sistem maklumat geografi dan teknologi lain yang berkaitan.
- Membantu melaksanakan penyelidikan asas dan pembangunan pakej-pakej aplikasi teknologi penyelidikan dan pertanian.
- Membantu melaksanakan pemindahan teknologi, khidmat kepakaran, khidmat nasihat teknikal kepada agensi pengguna.
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
- Bertanggungjawab membantu dalam merancang, menggubal, menyelaras, melaksana dan menilai dasar dan peraturan dalam perkaraperkara yang berkaitan dengan pentadbiran am, pengurusan personel, pengurusan kewangan, pengurusan pentadbiran tanah dan undangundang, pembangunan infrastruktur dan pengurusan sumber manusia.
- PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29
- Bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak, menyediakan anggaran kos awal, membuat pengukuran kuantiti (taking off), menyediakan dokumen tender dan kontrak, menyedia perakuan bayaran interim, menyedia arahan perubahan kerja, perakuan akaun dan bayaran muktamad, serta mengemaskini, sijil-siil dan perakuan yang berkaitan bayaran termasuk urusan perkhidmatan perunding.
- PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA29
- Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan bagi skop kerja seni bina termasuk melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi, menyemak lukisan, merekod dan menyelenggara lukisan, menyediakan study model, menyediakan reka bentuk, menyedia lakaran reka bentuk, menyediakan lukisan kerja dan menyediakan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan tugas-tugas berkaitan aspek reka bentuk dan seni bina.
AdvertisementAdvertisement - PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
- Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek pentadbiran am, pengurusan personel, pengurusan kewangan, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi.
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (PEREKA) N19
- Bertanggungjawab menyelaras, merancang, menyedia dan menjalankan kerja-kerja reka bentuk grafik dan multimedia, pameran dan publisiti luar ke atas pembungkusan produk makanan dan hasil penyelidikan dalam usaha memasarkan maklumat dan teknologi kepada rakyat.
- PEMBANTU KEMAHIRAN H19
- Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji kenderaan/jentera/peralatan awam dan mekanikal, pepasangan elektrik, sistem elektrik, sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat
- PENGAWAL KESELAMATAN KP11
- Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
- PEMANDU KENDERAAN H11
- Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda (4WD), bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.
- PEMBANTU AWAM H11
- Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) di Sistem e-Career MARDI.
Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.
Hanya calon-calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga oleh pihak majikan. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Permohonan dibuka sehingga 07 JULAI 2024.
Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti DI SINI.