Jawatan Kosong Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN): Kelayakan Minima SPM

Peluang kerjaya kini dibuka kepada individu yang berkelayakan, bersemangat tinggi dan komited dalam membina masa depan profesional. Hebahan ini ditujukan kepada mereka yang memiliki kemahiran relevan, sikap positif serta keupayaan bekerja dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar.

Jawatan yang ditawarkan memberi ruang untuk menimba pengalaman, memperkukuh kemahiran serta mengembangkan potensi diri ke tahap lebih tinggi.

Calon yang berminat digalakkan untuk merebut peluang ini sebagai langkah penting dalam perkembangan kerjaya. Jangan lepaskan peluang untuk memohon dan meneroka prospek pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.

Jawatan Kosong Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)

PEMBANTU BELIA DAN SUKAN GRED S1

  • Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  • Jadual Gaji Gaji Minimum: RM1,500
  • Gaji Maksimum: RM4,680

Syarat – Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Umur:
    • Awam: 28 – 45 tahun
    • Veteran: 35 – 53 tahun
  • Sihat tubuh badan dan “Body Mass Index” (BMI) tidak melebihi 27.0
  • Bersedia untuk berkhidmat di mana-mana Kem Latihan Khidmat Negara di seluruh Malaysia;
    • Kelayakan 1: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,500.00); atau
    • Kelayakan 2: Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,500.00); atau
    • Kelayakan 3: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,561.00); atau
    • Kelayakan 4: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,622.00).
  • Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Merit tambahan adalah seperti berikut:

  • Pernah berkhidmat sebagai Jurulatih PLKN 1.0 dan 2.0; atau
  • Pesara Badan Beruniform atau Veteran ATM yang memiliki kelayakan bidang kursus jurulatih kawad, kecergasan jasmani, kepimpinan dan ilmu ketenteraan; dan
  • Berkeupayaan untuk mendidik, melatih dan memimpin pelatih PLKN kearah modal insan yang baik.
  • Awam: Kepakaran dalam bidang abseiling, latihan kecergasan, pengalaman mengajar / kursus motivasi.

Cara Memohon

Permohonan jawatan kosong ini boleh dilaksanakan secara atas talian dengan mengisi borang permohonan jawatan melalui pautan yang disediakan di hebahan rasmi.

Calon yang berjaya akan dipanggil untuk sesi temu duga dan pemaklumatan akan dibuat melalui emel yang dikemukakan oleh calon. Tarikh tutup permohonan pada 17 Julai 2026.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Maklumat lengkap dan terperinci berkenaan jawatan kosong ini sila layari Portal Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) – DI SINI. 

Maklumat Tambahan

Jabatan Latihan Khidmat Negara telah ditubuhkan pada 16 Oktober 2003 di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia bagi melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Jabatan ini telah memulakan operasi rasminya pada tahun 2003 di bangunan TH Selborn yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan kemudiannya berpindah ke Bangunan Mindef 2 di Wangsa Maju pada tahun 2009 bagi memberi keselesaan kepada kakitangan JLKN dan pelanggan.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dipimpin oleh Ketua Pengarah dengan dibantu oleh dua orang Timbalan iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), dan Timbalan Ketua Pengarah (Latihan). JLKN bertanggungjawab terhadap pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) secara keseluruhannya meliputi pembangunan latihan, sumber-sumber yang diberikan dan pengoperasian harian program.

PLKN 1.0 dilaksanakan dari Februari 2004 hingga Ogos 2014 dengan kos RM7.07 bilion dan melibatkan 832,712 pelatih. Program ini merangkumi empat modul utama: Fizikal, Pembinaan Karakter, Kenegaraan, dan Khidmat Komuniti.

Pada Februari 2015, PLKN ditangguhkan selama setahun kerana kekangan peruntukan dan kajian semula diperlukan. Kemudian, ia ditransformasikan menjadi PLKN 2.0 dengan fokus pada kemahiran teknikal dan insaniah untuk pasaran kerja. PLKN 2.0 merangkumi program pembelajaran bersepadu selama 8 minggu dan latihan kemahiran teknikal antara 4 hingga 12 minggu di institut terpilih.

Visi jabatan ini adalah menjadi organisasi terunggul dalam melahirkan bangsa Malaysia. Misinya pula bagi memastikan Program Latihan Khidmat Negara dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Objektif utamanya adalah memupuk remaja supaya berperwatakan positif, bersemangat patriotik dan jati diri kearah melahirkan bangsa Malaysia dan memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *