STR Fasa 3 Mula Dibayar Ke Akaun Bank Hari Ini (12 Ogos 2025): Ini Jumlah Bayaran Untuk Setiap Kategori
Keperluan rakyat merupakan asas utama dalam membina kesejahteraan dan kestabilan sesebuah negara. Ia merangkumi pelbagai aspek penting yang menentukan kualiti hidup, termasuk keperluan asas seperti makanan yang mencukupi, pakaian yang sesuai, tempat tinggal yang selamat, serta akses kepada pendidikan dan perkhidmatan kesihatan. Apabila keperluan ini dipenuhi, rakyat dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa, produktif, dan seimbang.
Namun, realitinya tidak semua rakyat berpeluang menikmati kemudahan ini secara sama rata. Faktor seperti kenaikan kos sara hidup, kekurangan peluang pekerjaan, jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar, serta cabaran ekonomi global sering memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat.
Selain itu, infrastruktur yang baik seperti pengangkutan awam yang efisien, kemudahan jalan raya, capaian internet, dan sistem bekalan air serta elektrik yang stabil juga termasuk dalam keperluan penting rakyat. Tanpa sokongan ini, aktiviti ekonomi, pendidikan, dan kehidupan harian akan terganggu. Dalam era moden, keperluan rakyat juga berkembang selari dengan perubahan teknologi, menjadikan akses kepada maklumat dan kemahiran digital sebagai satu keperluan baharu untuk memastikan rakyat tidak ketinggalan.
Oleh itu, peranan kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat amat penting untuk memastikan setiap lapisan rakyat mendapat keperluan yang sewajarnya. Dasar dan inisiatif yang berpandangan jauh perlu dilaksanakan bagi mengurangkan jurang ekonomi, meningkatkan peluang pekerjaan, serta memastikan kos sara hidup berada pada tahap yang mampu ditanggung.
Hanya dengan memastikan keperluan rakyat dipenuhi secara menyeluruh, barulah sesebuah negara dapat mencapai kemajuan yang seimbang, harmoni, dan inklusif.
Dalam masa sama, di pihak Kerajaan – pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan bagi membantu mereka dari kalangan berpendapatan rendah serta sederhana. Antaranya adalah melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan berikut adalah maklumat lanjut tentangnya.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah atau STR merupakan bantuan tunai yang diberikan kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban sara hidup mereka yang semakin mencabar.
Syarat-syarat kelayakan STR bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
STR Fasa 3
Untuk makluman, pembayaran STR dibuat secara empat fasa setahun. Bagi Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah pun selesai diagihkan kepada setiap penerima yang layak pada bulan Januari dan April lalu.
Manakala, bagi STR Fasa 3 pula – pembayarannya akan dibuat secara berperingkat bermula pada 12 Ogos 2025 (Selasa). Perkara itu diumumkan melalui siaran media Kementerian Kewangan.
Kadar pembayaran STR Fasa 3 adalah seperti berikut:
- Isi Rumah (≤ RM2,500) : RM150 – RM650
- Isi Rumah (RM2,501-RM5,000) : RM150 – RM300
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM150
- Bujang : RM150
Bagi STR Fasa 3 ini, peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM2 bilion dan diberikan kepada 8.6 juta orang penerima dari kalangan B40 dan M40.
Cara pembayarannya adalah secara dikreditkan terus ke akaun penerima seperti maklumat yang diberikan ketika permohonan/kemaskini dibuat. Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank/akaun bank tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Untuk makluman, permohonan STR dibuka sepanjang tahun. Oleh itu, bagi mereka yang belum membuat permohonan – ia boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) di Portal Rasmi STR.
Selain itu, permohonan juga boleh dibuat secara manual di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC)
LHDNM dengan mengisi Borang Permohonan STR secara lengkap dan tepat.
Bagi semakan status kelulusan STR, ia boleh dibuat di portal sama dengan cara berikut:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (sekiranya ada)
Untuk maklumat lanjut dan terperinci berkenaan STR, boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.