RM600 Bantuan Bulanan Dikreditkan Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Julai 2025): Maklumat Penuh & Jadual Pembayaran

Warga emas merujuk kepada golongan individu yang berumur 60 tahun ke atas. Mereka merupakan generasi terdahulu yang telah melalui pelbagai cabaran kehidupan dan menyumbang besar dalam pembangunan negara, keluarga, serta komuniti. Dalam sesebuah masyarakat yang seimbang, warga emas seharusnya dihormati, dijaga kebajikannya, dan terus dilibatkan dalam kehidupan sosial agar mereka tidak terpinggir.

Di Malaysia, jumlah warga emas semakin meningkat selari dengan peningkatan jangka hayat rakyat. Malaysia dijangka menjadi negara tua menjelang tahun 2030, apabila 15% daripada populasinya terdiri daripada warga emas. Perkembangan ini menuntut perhatian serius dalam aspek kesihatan, kebajikan, tempat tinggal dan penjagaan jangka panjang.

Ramai dalam kalangan warga emas menghadapi masalah kesihatan. Ada juga yang hidup bersendirian tanpa sokongan keluarga, terdedah kepada kemurungan dan kesunyian.

Kesejahteraan warga emas bukan hanya tanggungjawab kerajaan, tetapi turut terletak di bahu masyarakat dan ahli keluarga. Bantuan dan kemudahan seperti rawatan kesihatan percuma, rumah jagaan, bantuan kewangan, serta program riadah dan sosial perlu diperluas. Pada masa yang sama, amalan budaya menghormati orang tua perlu dipupuk sejak kecil agar generasi muda menghargai dan menjaga warga emas seperti mana mereka pernah membesarkan anak-anak suatu ketika dahulu.

Di peringkat keluarga, anak-anak perlu memainkan peranan utama dalam menjaga ibu bapa yang telah lanjut usia. Sokongan emosi, kewangan, dan masa yang diluangkan bersama mereka sangat bermakna dalam mengisi hari-hari tua yang penuh cabaran. Bagi warga emas yang masih sihat dan aktif, penglibatan dalam aktiviti komuniti seperti gotong-royong, kelas senaman ringan, atau menjadi sukarelawan boleh memberi makna serta mengelakkan perasaan terasing.

Kesimpulannya, warga emas ialah khazanah berharga negara. Mereka tidak wajar dilupakan atau dibiarkan menghadapi hari tua dalam kesepian. Setiap individu dan institusi masyarakat mempunyai peranan penting untuk memastikan golongan ini dapat menjalani kehidupan yang selesa, bermaruah, dan sejahtera hingga ke akhir hayat.

Oleh itu, terdapat beberapa bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagu membantu golongan ini. Berikut adalah maklumat lanjut tentangnya.

Bantuan Bulanan – Bantuan Warga Emas (BWE)

Di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terdapat sebuah bantuan bulanan yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas atau BWE. Bantuan ini bertujuan untuk diberikan kepada warga emas bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar bantuan ini juga telah ditingkatkan kepada RM600 setiap bulan, berbanding RM500 sebelum ini.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
  • Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain/ penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa/ PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian/ berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma; atau
  • Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Labuan (PKMN/WPKL/WPL).

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan BWE boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat. Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan dan membawa bersama dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Salinan MyKad pemohon;
  • Salinan MyKad/ MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Surat/ Penyata pendapatan daripada majikan; atau
  • Akuan pendapatan daripada Penghulu/ Penggawa/ Pemimpin masyarakat atau mana-mana individu yang diangkat atau dipilih untuk memimpin dan mewakili masyarakat di peringkat setempat oleh Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan (Lampiran 4: Borang Pengesahan Pendapatan/ Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau
  • Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri);
  • Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air/ elektrik/ telefon dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat);
  • Salinan penyata akaun bank terkini/ slip pengesahan akaun bank terkini; dan
  • Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Setiap permohonan kemudiannya akan disiasat terlebih dahulu bagi memastikan segala maklumat adalah benar dan bantuan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak. Sekiranya terdapat maklumat tidak benar, pihak JKM berhak menolak permohonan yang dikemukakan.

Maklumat terperinci dan lanjut tentang Bantuan Warga Emas (BWE) boleh dilihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *