Dikreditkan Bulan Ini (Ogos 2024) Ke Akaun Bank Penerima. Ini Maklumat Penuh STR Fasa 3

Dalam usaha untuk meringankan beban kewangan rakyat, Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai bantuan tunai melalui Belanjawan 2024.

Bantuan ini bertujuan untuk menyokong golongan berpendapatan rendah dan sederhana, khususnya dari kategori B40 dan M40.

Salah satu inisiatif utama dalam Belanjawan 2024 adalah pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang merupakan kesinambungan kepada bantuan-bantuan tunai yang telah diperkenalkan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah program bantuan tunai yang ditujukan kepada rakyat Malaysia dari golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Bantuan ini diberikan kepada pelbagai kategori penerima termasuk isi rumah, warga emas, dan individu bujang. Jumlah bantuan yang diberikan berbeza mengikut kategori penerima, bilangan tanggungan, dan pendapatan bulanan.

Kadar Pembayaran STR 2024

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah:

  • Bilangan anak 0: RM1,000
  • Bilangan anak 1 – 2: RM1,500
  • Bilangan anak 3 – 4: RM2,000
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM2,500

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000:

  • Bilangan anak 0: RM500
  • Bilangan anak 1 – 2: RM750
  • Bilangan anak 3 – 4: RM1,000
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,250

Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah:

  • Kadar STR: RM350

Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah:

  • Kadar STR: RM600

Syarat Kelayakan STR 2024

Syarat kelayakan untuk memohon STR adalah seperti berikut:

Isi Rumah:

  • Status: Kahwin, atau Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda dengan anak yang memenuhi syarat.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.

Warga Emas Tiada Pasangan:

  • Status: Bujang atau Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda tanpa anak yang memenuhi syarat.
  • Umur: 60 tahun ke atas.
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000.

Bujang:

  • Status: Bujang atau Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda tanpa anak yang memenuhi syarat.
  • Umur: 21-59 tahun atau OKU berumur 19 tahun ke atas.
  • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS.
  • Pendapatan tidak melebihi RM2,500.

Perlu diingat bahawa individu bujang berumur 21 tahun ke atas, termasuk OKU berumur 19 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPT, hanya boleh dimasukkan sebagai anak/tanggungan dalam permohonan isi rumah dan tidak layak untuk memohon sebagai individu bujang.

Advertisement

Pembayaran dan Semakan Status STR

Pembayaran STR dilakukan secara berperingkat dalam empat fasa sepanjang tahun. Fasa 1 dan Fasa 2 telah diselesaikan pada Januari dan April 2024, manakala Fasa 3 dijadualkan bermula pada bulan Ogos 2024.

Pembayaran STR dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan semasa permohonan. Bagi penerima yang tiada akaun bank atau akaun tidak aktif, tunai boleh diambil di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi mereka yang belum membuat permohonan STR, permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui Portal Rasmi STR (MySTR) atau secara manual dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) yang boleh didapati di Portal Rasmi STR, Pejabat HASiL, Pejabat Satelit (PS), atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

Borang yang lengkap diisi perlu dihantar ke Pejabat HASiL/PS/UTC HASiL terdekat.

Semakan status kelulusan STR boleh dilakukan di portal rasmi STR dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik log masuk MySTR (https://bantuantunai.hasil.gov.my/)
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status

Maklumat yang dipaparkan akan termasuk status permohonan dan maklumat pembayaran jika ada. Untuk maklumat lanjut mengenai STR, rujuk terus di Portal Rasmi STR.

Dengan inisiatif seperti STR, kerajaan terus berkomitmen untuk membantu rakyat dalam menangani cabaran ekonomi dan memastikan kesejahteraan masyarakat yang memerlukan.

Advertisement
Advertisement