Jumlah Bantuan Tambahan Kepada Penerima STR yang dikreditkan bulan ini (September 2024)

Pada setiap tahun, pihak Kerajaan akan membentangkan belanjawan untuk dimanfaatkan kepada pembangunan negara dan rakyat. Bagi Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Bantuan-bantuan ini diberikan khusus kepada golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan. Ia termasuklah melalui bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Berikut adalah maklumat lengkapnya.

Bantuan Tambahan STR

Bantuan Tambahan STR atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini pada asasnya merupakan bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Ia juga merupakan satu langkah awal untuk menangani kesenjangan kekayaan serta membina sebuah masyarakat yang inklusif.

Melalui SARA, bantuan tambahan sebanyak RM1,200 akan diberikan kepada penerima berkategori isi rumah dan warga emas, manakala RM600 kepada penerima bujang.

Berikut adalah maklumat kriteria kelayakan khusus SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Pembayaran SARA

Berkenaan dengan kaedah pembayaran SARA, ia akan dilaksanakan secara dua kaedah iaitu kepada penerima di Semenanjung serta Sabah, Sarawak dan Labuan.

Bagi penerima di Semenanjung Malaysia, pembayaran RM100 atau RM50 akan disalurkan ke MyKad penerima setiap bulan dan ia boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas. Pada ketika ini, terdapat 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Pembelian boleh dibuat di lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara yang mengambil bahagian seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Dimaklumkan bahawa pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan yang diluluskan dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.

Advertisement
Advertisement

Untuk baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan, ia akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Akan tetapi, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.

Ini adalah cara membuat pembelian barangan menggunakan MyKad:

  • Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  • Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  • Simpan Resit Untuk Semakan:  Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Manakala, bagi penerima di Sabah, Sawarak dan Labuan (Wilayah Persekutuan) pula, SARA akan dibayar seperti mana pembayaran STR sama ada secara kredit terus ke akaun atau pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan (bagi yang tiada akaun bank).

Pembayaran pertama mula diagihkan pada 19 Januari 2024, dan pembayaran kedua pula mula diagihkan pada 4 September 2024.

Info Tambahan

Dimaklumkan bahawa SARA tidak melibatkan sebarang permohonan dan akan diberikan secara automatik kepada mereka yang layak berdasarkan semakan pihak berkenaan.

Para penerima yang layak juga akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Semakan juga boleh dibuat di portal rasmi STR melalui mySTR. Bagi maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *