Bantuan Kerajaan RM500 setiap bulan untuk warga emas (60 tahun & ke atas): Dibayar setiap bulan

Pelbagai jenis bantuan kerajaan telah diperkenalkan bagi membantu mereka yang berkelayakan dan memerlukan. Antaranya adalah bantuan kewangan secara bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), khususnya golongan berpendapatan rendah atau B40.

Ia termasuklah sebuah bantuan dikenali sebagai Bantuan Warga Emas (BWE) yang dibayar secara bulanan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan Kerajaan RM500 (Bantuan Warga Emas)

Bantuan Warga Emas (BWE) pada asasnya merupakan salah satu bantuan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bantuan ini datang dengan objektif untuk diberikan kepada warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Kadar BWE yang ditetapkan adalah sebanyak RM500 dan dibayar setiap bulan kepada mereka yang layak serta diluluskan permohonan mereka.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah merupakan warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  • Pemohon merupakan warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan isi rumah hendaklah tidak melebihi:
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma.

Cara Memohon Bantuan Kerajaan BWE

Untuk yang menepati syarat-syarat Bantuan Warga Emas yang ditetapkan, pemohon atau wakil yang sah boleh membuat permohonan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat. Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen-dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada); dan
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Setiap permohonan juga akan menjalani siasatan bagi penilaian (means-tested) untuk mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Perkara itu bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Info lebih teliti berkenaan bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI

.

Info Tambahan

Pada tahun 2024, bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melibatkan peruntukan lebih RM2.4 bilion. Dengan jumlah itu, ia akan memberi manfaat kepada lebih 450 ribu rakyat khususnya isi rumah miskin tegar, warga emas, kanak-kanak dan OKU.

Dalam masa sama, dimaklumkan juga bahawa syarat kelayakan diperluas selaras dengan kenaikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2023 iaitu RM1,198 sebulan. Pihak Kerajaan turut meperuntukkan sejumlah RM1 bilion untuk melindungi kesejahteraan warga emas. Ini antaranya untuk membiayai bantuan tunai dan penyaluran dana bagi institusi penjagaan dan pusat aktiviti warga emas.

“Kerajaan mencadangkan supaya Elaun Bangunan Industri diberikan kepada Rumah Jagaan Kejururawatan Swasta Warga
Emas yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kadar 10 peratus daripada kos bangunan yang dibina atau dibeli, termasuk kos pengubahsuaian bagi setiap tahun taksiran. Elaun ini diberi bagi perbelanjaan yang layak dilakukan mulai 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2026.” kata Perdana Menteri ketika membentang Belanjawan 2024.

Selain itu, Kerajaan akan terus merakyatkan ilmu dengan menggalakkan komuniti rentan seperti OKU, Orang Asli, ibu tunggal dan warga emas mengikuti Program Pembelajaran Sepanjang Hayat di kolej komuniti. Sebanyak RM5 juta disediakan untuk manfaat 5,000 komuniti tumpuan di 105 kolej komuniti seluruh negara.

Pihak Kerajaan juga berusaha untuk membaik pulih klinik-klinik daif dengan sejumlah RM300 juta disediakan bagi  membaik pulih 400 buah klinik uzur yang masih punyai struktur kayu dan pendawaian usang.

“Sejumlah 766 juta ringgit turut disediakan untuk perolehan peralatan perubatan di hospital KKM bagi menggantikan peralatan yang mencecah Beyond Economic Repair (BER) di samping memenuhi keperluan pelbagai disiplin perkhidmatan baharu,” katanya lagi.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *