Senarai Penuh Penerima STR dikreditkan bulan ini (Ogos 2024): Semak sekarang

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan kerajaan, sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Antaranya adalah bantuan-bantuan tunai yang diperkenalkan atau diteruskan di bawah Belanjawan 2024.

Ia termasuklah apabila pihak Kerajaan bersetuju bagi meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada mereka daripada kalangan B40 dan M40. Bantuan ini pada asasnya merupakan kesinambungan bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan pelbagai lagi.

Sumbangan Tunai Rahmah – STR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah bantuan tunai di bawah Belanjawan 2024 dengan kadar tertentu bagi meringankan beban kos sara hidup, khususnya dari kalangan B40 dan M40. Bagi tahun 2024 ini, pemberian STR disalurkan dengan syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Jadual Pembayaran STR 2024

Seperti mana sebelum ini, pembayaran STR 2024 dibuat secara berfasa dengan kadar dan waktu tentu. Bagi pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah pun selesai diagihkan pada bulan Januari serta April lepas.

Jadual penuh STR 2024 adalah seperti rajah berikut:

Oleh itu, bagi STR Fasa 3 – ia akan dibayar kepada yang layak (isi rumah, bujang dan warga emas) pada bulan Ogos 2024 ini. Akan tetapi, kadar dan tarikh rasmi pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Advertisement
Advertisement

Semakan STR 2024

Bagi mereka yang telah membuat permohonan/kemaskini STR 2024, semakan status boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi STR melalui MySTR. Cara membuat semakan seperti berikut:

  • Layari Portal Rasmi STR
  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Semakan juga boleh dibuat dengan menghubungi Talian Hotline BKK: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran.

Status Permohonan Diterima adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar. Permohonan itu masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.

Manakala, status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2024.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Selain itu, bagi mereka yang belum membuat permohonan baharu STR, ia boleh dibuat melalui portal sama dan ia dibuka sepanjang masa. Secara lebih khususnya, mereka yang perlu membuat permohonan baharu STR 2024 adalah:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Bagi pembayaran STR itu nanti, ia akan dibuat secara pengkreditan terus ke akaun penerima. Manakala, pengambilan tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) boleh dibuat oleh mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR dan semakan status, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *