Permohonan Bantuan RM200 setiap bulan masih dibuka: Panduan Lengkap Cara Memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Antaranya adalah bantuan-bantuan tunai yang diperkenalkan atau diteruskan di bawah Belanjawan 2024.

Ia termasuklah apabila Kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan insentif baru yang melibatkan pemberian tunai sebanyak RM200 setiap bulan. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan berkenaan:-

Bantuan RM200 setiap bulan Budi Madani

Untuk pengetahuan semua, pihak Kerajaan telah melaksanakan penyasaran semula subsidi diesel bermula pada bulan Jun 2024 lalu. Langkah itu melibatkan penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran di seluruh Semenanjung Malaysia. Dengan usaha penyasaran subsidi diesel ini, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.

Akan tetapi, pihak Kerajaan turut memperkenalkan Budi Madani, iaitu subsidi disasarkan kepada golongan yang layak dan terbahagi kepada bantuan individu (BUDI Individu), petani serta pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi) serta syarikat dan kenderaan pengangkutan (MySubsidi Diesel).

Bagi Budi Individu, ia adalah penberian tunai (RM200) kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel. Syarat-syarat kelayakan Budi Individu adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah;
    • Kriteria Pemilikan Kenderaan:
    • Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
    •  Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) aktif;
    • Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia;
    • Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.

Akan tetapi, Budi Individu tidak layak bagi perkara berikut;

  • Motosikal diesel;
  • Kenderaan persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan;
  • Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
  • Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing;
  • Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.

Bagi BUDI Agri-Komoditi pula, bantuan subsidi tunai (RM200) disediakan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan. Kriteria kelayakannya seperti di bawah:

Petani Kecil

  • Warganegara Malaysia;
  • Individu/ Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem pendaftaran GeoAgro ataupun telah berdaftar dengan agensi berkaitan iaitu:
    • Sektor tanaman dengan Jabatan Pertanian Malaysia (tidak termasuk pesawah padi)
    • Sektor ternakan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan
    • Advertisement
      Advertisement
    • Sektor akuakultur dengan Jabatan Perikanan Malaysia (tidak termasuk nelayan);
  • Individu/Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan
  • Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI termasuk mengesahkan memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.

Pekebun Kecil

  • Warganegara Malaysia;
  • Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan & Komoditi, seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pekebun kecil persendirian, Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Lembaga Lada Malaysia;
  • Sebagai panduan, pekebun kecil melibatkan keluasan tanah yang dimiliki dan diusahakan mengikut sektor komoditi /jenis tanaman seperti berikut:
    • Pekebun kecil Sawit persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah;
    • Pekebun kecil Getah persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah;
    • Pekebun kecil Koko, Lada dan Kenaf persendirian: keluasan 2.5 hektar ke bawah
  • Individu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pekebun kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil perladangan tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan
  • Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI iaitu termasuk mengesahkan memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.

Cara Memohon

Bagi permohonan Budi Madani, ia boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi Budi Madani. Setelah membuat permohonan, pemohon boleh menyemak status permohonan dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) pemohon.

Sekiranya diluluskan, pembayaran bantuan ini akan dibuat secara kredit terus ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI Individu atau secara tunai di mana-mana Cawangan BSN sekiranya tiada akaun bank.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Budi Madani, ia boleh dirujuk terus di Portal Rasminya – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *