Bantuan Suri Rumah dan Ibu Tunggal RM100: Permohonan tahun 2024 telah dibuka

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Antara bantuan-bantuan itu adalah yang diperkenalkan di bawah iSejahtera.

Ini kerana, di bawah iSejahtera – terdapat pelbagai jenis bantuan diperkenalkan termasuklah bantuan untuk suri rumah dan ibu tunggal. Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan bantuan kewangan berkenaan: –

Bantuan Suri Rumah dan Ibu Tunggal

Sebelum itu, perlulah diperkenalkan dahulu apa itu Program iSejahtera. Program ini pada asasnya merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbentuk kewangan secara setahun sekali kepada rakyat negeri berkenaan. Antara bantuan di bawah program ini diberikan kepada suri rumah dan ibu tunggal.

Bagi suri rumah, iSejahtera memperkenalkan Bantuan Suri Emas iaitu sebuah sumbangan tunai setiap tahun dengan kadar sebanyak RM100 kepada para suri rumah di negeri berkenaan. Syarat-syarat kelayakan bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang;
  • Pemohon merupakan suri rumah dan tiada pendapatan tetap;
  • Wanita masih berumahtangga;
  • Pemohon mestilah berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.

Program Bantuan Ibu Tunggal pula diberikan dengan kadar sama iaitu RM100 setahun. Syarat-syarat kelayakan bagi bantuan ini adalah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang;
  • Bercerai atau kematian suami;
  • Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar;
  • Tidak berkahwin semula;
  • Mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak.

Cara Memohon

Bagi urusan permohonan bantuan-bantuan ini, ia boleh dikemukakan secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi iSejahtera. Pendaftaran boleh dibuat dengan pada klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status. Kemudian masukkan nombor Kad Pengenalan dan ikuti langkah-langkah seterusnya untuk permohonan.

  • Semak No Kad Pengenalan;
  • Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan;
  • Log Masuk menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan;
  • Lengkapkan borang permohonan dan muatnaik dokumen-dokumen sokongan;
  • Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).
  • Advertisement
    Advertisement

Bagi permohonan Bantuan Suri Emas, dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah Salinan Kad Pengenalan Pemohon; Salinan Kad Pengenalan Suami; Salinan Sijil Perkahwinan; Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif dan Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Bagi permohonan Bantuan Ibu Tunggal pula, dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan salah seorang anak;
  • Sijil Kelahiran salah seorang anak;
  • Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penerima Khairat;
  • Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan;
  • Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif;
  • Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Untuk semakan daftar pemilih SPR, ia boleh dibuat Portal MySPRSemak dengan cara berikut:

  • Layari Portal MySPRSemak;
  • Masukkan No Kad Pengenalan;
  • Masukkan Aksara Captcha;
  • Klik butang ‘SEMAK’;
  • Paparan Daftar Pemilih akan dinyatakan;
  • Klik pada butang ‘CETAK’ untuk mencetak.

Bagi mereka yang diluluskan permohonannya, pembayaran akan dibuat secara berperingkat. Bagi membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun. Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.

Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan-bantuan ini, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi iSEJAHTERA – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *