Bantuan Setiap Bulan RM500 untuk warga emas (60 tahun & ke atas): Berikut cara memohon

Pada ketika ini, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan bagi membantu mereka yang memerlukan. Ia diberikan khusus kepada ketegori penerima dalam kalangan B40 atau M40 yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan itu: –

Bantuan Setiap Bulan RM500

Bantuan setiap bulan atau bantuan bulanan adalah salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan oleh JKM bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya adalah Bantuan Warga Emas (BWE) dengan kadar RM500 setiap bulan.

Advertisement

Bantuan ini berobjektif untuk membantu warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup. Bantuan ini dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak dan diluluskan permohonannya.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.

Cara Memohon

Bagi permohonan Bnatuan Warga Emas ini, ia boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap (maklumat benar dan tepat) serta dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan hak.

Advertisement

Pelaksanaan bantuan kebajikan ini juga adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Bagi info yang lebih teliti tentang Bantuan Warga Emas ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bantuan Lain JKM

Selain itu, JKM juga memperkenalkan Bantuan Kanak-Kanak dengan kadar minima RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan mengikut pecahan berikut:

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
  • Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.

Tujuan utama bantuan ini adalah bagi membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Ia juga bertujuan untuk membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Syarat-syarat kelayakannya pula adalah:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

Bagi info yang lebih teliti tentang Bantuan Kanak-Kanak ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *