Jawatan kosong Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan gaji sehingga RM9,607: Minima PT3/SPM

Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini sedang membuka pengambilan pelbagai kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain. Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan- jawatan yang dibuka:

Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat (MARA)

  1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG (GRED L41)
    • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
    • Jadual Gaji: RM2,418 – RM9,607
  2. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (GRED J19)
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Kejuruteraan
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Jadual Gaji: RM1,377 – RM4,052
  3. PEMANDU KENDERAAN (GRED H11)
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939

Syarat-syarat Kelayakan

  1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG (GRED L41)
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41 : RM2,418.00); atau
    • Sijil Amalan Guaman. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41 : RM2,418.00); atau
    • Barrister-at-law-England. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41 : RM2,418.00); atau
    • Solicitor of the Supreme Court of Judicature of England atau Solicitor of the Senior Courts of England and Wales daripada Solicitor Regulation Authority. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41 : RM2,418.00).
    • Calon bagi lantikan jawatan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  2. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (GRED J19)
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • Calon bagi lantikan jawatan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    • Advertisement
      Advertisement
  3. PEMANDU KENDERAAN (GRED H11)
    1. Warganegara Malaysia; dan
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    3. Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    4. Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]; dan
    5. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
    6. Calon bagi lantikan jawatan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan.

Permohonan boleh dibuat dengan secara dalam talian (online) di Portal Rasmi MARA.

Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.

Hanya calon-calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga oleh pihak majikan.

Permohonan akan terbatal sekiranya pemohon didapati memberi maklumat yang salah / tidak benar / manipulasi maklumat dalam borang permohonan. Maklumatmaklumat tersebut akan disemak secara terperinci pada hari temu duga.

Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

Permohonan dibuka sehingga 31 JULAI 2024, Rabu.

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *