Bantuan Kebajikan RM150 – RM1,000 untuk kanak-kanak (6 – 18 tahun): Dikreditkan setiap bulan

Pelbagai jenis bantuan kebajikan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan secara bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada mereka yang memerlukan, khususnya golongan berpendapatan rendah atau B40.

Ia termasuklan sebuah bantuan yang diberikan kepada kanak-kanak yang memerlukan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan yang telah diperkenalkan itu: –

Bantuan Kebajikan RM150 – RM1,000 untuk kanak-kanak

Bantuan yang dimaksudkan ini adalah Bantuan Kanak-Kanak (BKK) yang dikendalikan oleh JKM. Objektif utama bantuan ini adalah bagi membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Ia juga bertujuan untuk membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Kadar bantuan ini pula adalah minimum RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan  mengikut pecahan berikut:

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
  • Kadar bantuan maksimum RM1,000/keluarga sebulan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga
    tamat menengah atas;

Cara Memohon

Untuk yang menepati syarat-syarat bantuan yang ditetapkan, pemohonan boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat. Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen-dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  • Advertisement
    Advertisement
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada); dan
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Dimaklumkan juga bahawa pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Info lebih teliti berkenaan bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Selain itu, pihak JKM juga memperkenalkan Bantuan Anak Pelihara. Ia bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
Ia juga untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Syarat-syarat kelayakan Bantuan Anak Pelihara adalah keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:

  • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
  • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
  • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
    • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
    • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Maklumat lengkap tentang Bantuan Anak Pelihara ini sila rujuk di Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *