Bantuan Latihan Perantis (BLP) RM200 seorang setiap bulan: Syarat-syarat & panduan memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya adalah bantuan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada mereka yang memerlukan, khususnya golongan berpendapatan rendah atau B40. Ini adalah maklumat berkenaan antara bantuan bulanan yang telah diperkenalkan oleh JKM: –

Bantuan Latihan Perantis (BLP)

Secara umumnya, Bantuan Latihan Perantis (BLP) merupakan sebuah inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi klien JKM atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur.

Begitu juga kepada para bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan bertujuan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja. Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM200 seorang dan diberikan setiap bulan kepada yang layak serta diluluskan permohonannya.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia ;
  • Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/bekas penghuni dari institusi kebajikan ;
  • Kes-kes seliaan akhlak ;
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat.

Dimaklumkan juga bahawa pelaksanaan bantuan kebajikan ini selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Panduan Memohon

Bagi yang berkelayakan seperti mana yang ditetapkan oleh JKM, permohonan Bantuan Latihan Perantis (BLP) ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Perkara ini juga bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak. Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon turut diminta membawa dokumen-dokumen sokongan berikut semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon ;
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama ;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama ;
  • Advertisement
    Advertisement
  • Salinan penyata gaji (jika ada) ;
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan .

Kepada mereka yang diluluskan permohonannya, bantuan ini akan dibayar secra kredit terus ke akaun bank penerima.

Info lebih teliti berkenaan bantuan ini dan borang permohonan boleh dilihat serta dirujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dalam perkembangan sama, sebuah lagi bantuan bulanan JKM yang diteruskan pelaksanaannya pada tahun ini adalah Bantuan Warga Emas atau BWE. Bantuan ini diberikan kepada warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Syarat-syarat kelayakan BWE ini adalah seperti di bawah:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal  di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.

Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM500 dan akan diberikan setiap bulan kepada mereka yang layak serta diluluskan permohonannya. Kaedah pembayarannya juga sama iaitu secara kredit terus ke akaun penerima.

Bagi urusan permohonan BWE, ia boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian terdekat. Tapi, setiap permohonan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk maklumat lengkap tentang Bantuan Warga Emas ini, boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM (DI SINI) atau Portal Rasmi Belanjawan 2024 (DI SINI).

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *