Jawatan Kosong Badan Berkanun CAAM: Ambilan Julai 2024, Gaji Permulaan RM2,100 – RM5,795

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) kini sedang membuka pengambilan pelbagai kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain. Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan- jawatan yang dibuka:

Jawatan Kosong di Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)

  1. MYSTEP – UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
    1. Taraf Jawatan: Kontrak
    2. Gaji: RM2,100/sebulan
    3. Manfaat: Cuti Sakit, Cuti Rehat, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
  2. PENGARAH KEWANGAN GRED WA51
    1. Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan
    2. Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan Dan Profesional
    3. Gaji Permulaan: RM5,795

Syarat-syarat Kelayakan

  • MYSTEP – UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan;
    • Memiliki kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda atau setaraf.
  • PENGARAH KEWANGAN GRED WA51
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan;
    • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
      kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,820.00); atau
    • Lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,820.00); atau
    • Lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA). (Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,820.00).
      [Senarai Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil
      Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    • Biasa dalam Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS);
    • Pengetahuan dalam Perancangan Berkaitan Kerajaan (GRP 9.0);
    • Pemahaman dalam sistem pematuhan SAGA;
    • Kefahaman dalam pekeliling berkaitan Kerajaan; dan
    • Sekurang-kurangnya 12 tahun pengalaman yang berkaitan.

Tugas-Tugas Jawatan

MYSTEP – UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

  • Menyediakan reka bentuk grafik untuk sebarang bahan bercetak dan penerbitan CAAM, seperti laporan tahunan dan coffee table book
  • Reka bentuk grafik yang dihasilkan menggabungkan unsur seni dan teknologi serta menghasilkan visual yang mampu untuk berkomunikasi dengan menyampaikan maklumat dengan cara yang lebih menarik;
  • Advertisement
    Advertisement
  • Membekalkan reka bentuk visual untuk keperluan rasmi CAAM, termasuk latar belakang, sepanduk, risalah, poster, iklan, laporan, dan sebagainya. Visual adalah mereka yang mencerminkan mesej yang terdapat dalam penjenamaan perniagaan, laman web, promosi bahan, pengiklanan, dan multimedia;
  • Apabila perlu, membantu sebagai jurugambar rasmi CAAM apabila diperlukan.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan.

Permohonan boleh dibuat dengan secara dalam talian (online) di Portal e-recruitment CAAM.

Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.

Hanya calon-calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga oleh pihak majikan.

Permohonan dibuka sehingga 11 JULAI 2024 (MYSTEP – UNIT KOMUNIKASI KORPORAT) dan 15 Julai 2024 (PENGARAH KEWANGAN GRED WA51). 

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti DI SINI.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan merupakan sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia pada tahun 1969. Berkuat kuasa pada 19 Februari 2018, DCA telah dimasukkan ke dalam badan berkanun yang dikenali sebagai CAAM.

Antara fungsi utama CAAM adalah untuk mengawal selia, memudahkan dan mempromosikan industri penerbangan/aeroangkasa negara serta memastikan kewajipan negara dan antarabangsa dalam perkara yang berkaitan dengan penerbangan awam dapat dijalankan dan piawaian pengawasan dan keselamatan sejagat serta keperluan dalam penerbangan awam dilaksanakan, mematuhi serta dijaga dengan baik.

 

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *