Borang Permohonan Bantuan JKM: Senarai bantuan bulanan & syarat-syaratnya

Pada ketika ini, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Salah satunya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan-bantuan yang telah diperkenalkan: –

Senarai Bantuan Bulanan JKM

Bantuan Am Persekutuan

Bantuan Am Persekutuan adalah bantuan yang diberikan kepada individu atau keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Kadar bantuan ini adalah sebanyak minima RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga.

Syarat-syarat kelayakannya, seperti berikut:

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan
    bulanan JKM lain.

Bantuan Anak Pelihara

Bantuan ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara. Ia juga untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Kadar bantuan ini sebanyak RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih. Syarat-syarat kelayakan Bantuan Anak Pelihara adalah seperti berikut:

  • Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:
    • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
    • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
    • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
    • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
      • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
      • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Bantuan Kanak-Kanak

Bantuan Kanak-Kanak adalah sebanyak minima RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan  mengikut pecahan berikut:

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
  • Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.

Objektif utamanya bagi membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Ia turut bertujuan untuk membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Advertisement
Advertisement

Kriteria khusus kelayakan bantuan ini adalah:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

Bantuan Warga Emas

Bantuan Warga Emas atau BWE ini diberikan kepada warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup. Kadarnya adalah sebanyak RM500 dan diberikan setiap bulan.

Syarat-syarat kelayakan BWE seperti di bawah:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal  di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

EPOKU adalah insentif ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. Kadar elaun ini sebanyak RM450 setiap bulan.

Syarat-syarat kelayakannya seperti berikut:

  • Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang kad OKU JKM;
  • Pendapatan bulanan RM 1,500.00  dan ke bawah.

Borang Permohonan

Untuk yang menepati syarat-syarat, permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Bantuan Bulanan JKM yang boleh didapati di Portal Rasmi JKM (DI SINI – PDF) atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat berdekatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dihantar di Pejabat Kebajikan Masyarakat berdekatan. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Bagi info yang lebih teliti tentang BWE ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *