Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan sesi April 2023: Terbuka untuk calon lelaki & perempuan

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah kini sedang membuka pengambilan kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.

Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan-jawatan yang dibuka: –

Jawatan Kosong Jabatan Bomba dan Penyelamat

PEGAWAI BOMBA BANTUAN (PBB)

  • Jantina: Lelaki & Perempuan
  • Penempatan: 
    • BBP Ranau
    • BBP Kinabatangan
    • BBP Tambunan
    • BBP Tenom
    • BBP Sook
    • BBP Beaufort
    • BBP Kimanis

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Syarat-syarat kelayakan akademik dan fizikal yang lengkap boleh dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang PBB 3 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat tertera di atas atau dalam laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, Salinan Kad Pengenalan, Salinan sijil-sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen / sijil-sijil lain yang berkaitan yang telah disahkan.

Advertisement
Advertisement

Ia seterusnya perlu dihantar ke alamat:

IBU PEJABAT, JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SABAH, JALAN LINTAS, LIKAS, BEG BERKUNCI 30, 88990 KOTA KINABALU, SABAH. (UP : BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT)

Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan segala maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.

Hanya calon-calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga oleh pihak majikan.

Permohonan ditutup pada 28 April 2023, Jumaat.

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *