Pengambilan pelbagai jawatan kosong terkini di PKBF: Tawaran gaji RM1,549 – RM9,643

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) kini sedang membuka peluang pekerjaan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.

Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan-jawatan yang dibuka: –

Jawatan Kosong

  1. JURUTERA – GRED J41
    • Kump. Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional
    • Gaji Minimum : RM2,529
    • Gaji Maksimum : RM9,643
    • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225
  2. PENOLONG JURUTERA – GRED JA29
    • Kump. Perkhidmatan : Pelaksana
    • Gaji Minimum : RM1,549
    • Gaji Maksimum : RM5,701
    • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 35 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan;
  • Syarat kelayakan akademik boleh dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
  • Sihat tubuh badan;
  • Bertanggungjawab dan berdisiplin.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang ditetapkan oleh pihak majikan.

Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh diperolehi dari Ibu Pejabat:

Tourism Pahang
(Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser)
No 33 & 33A, ICT Hub, Indian Town, Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan, Pahang, Malaysia.

Advertisement
Advertisement

Atau

Pejabat Pengurusan Hartanah di Bukit Fraser dengan harga RM1.00 sekeping.

Permohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan sampul surat berukuran 10cm x 23cm (4in x 9in) beralamat sendiri dan bersetem RM0.60.

Borang permohonan yang lengkap dan disertakan salinan sijil yang disahkan dan gambar berukuran pasport (terbaru) dan POS ke alamat berikut (sila catatkan nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kanan sampul surat):

Pengurus Besar
Tourism Pahang
(Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser)
No 33 & 33A, ICT Hub, Indian Town, Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan, Pahang, Malaysia.

Borang permohonan boleh juga dibeli secara atas talian (online) dengan membuat pembayaran sebanyak RM1 ke akaun MAYBANK PKBF No. 506016201324 dan bukti pembayaran hendaklah di emel ke webtourism16@gmail.com. Pihak PKBF akan menghantar borang permohonan (dalam waktu & hari berkerja sahaja) ke emel tuan/puan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 27 MEI 2022, JUMAAT.

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan sila rujuk DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *