Pendapatan Keluarga Kurang Dari RM3,000 Sebulan. Ini Cara Daftar & Mohon Bantuan Kewangan YPM

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan Kewangan YPM yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan Bantuan Kewangan YPM yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Apakah Bantuan YPM?

Pihak Yayasan Pelajaran Mara (YPM) menyediakan Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP).

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) diwujudkan bagi menyediakan bantuan kewangan secara one-off bagi meringankan beban pelajar yang mengalami masalah kewangan semasa mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi.

Perlaksanaan SDEP yang diberi sekali dalam tempoh pengajian sebagai salah satu langkah untuk membela nasib pelajar dari keluarga berpendapatan rendah agar mereka dapat meneruskan pengajian tanpa sebarang kesulitan disamping memberi dorongan memperoleh keputusan akademik yang cemerlang dan tamat pengajian.

Misi Bantuan SDEP

  • Menyediakan bantuan kewangan bagi membantu pelajar Bumiputera yang menghadapi masalah meneruskan pengajian.
  • Memastikan pembiayaan disalurkan kepada kumpulan sasar yang dikenalpasti.
  • Advertisement
    Advertisement
  • Menerapkan nilai menghargai dan menghormati pemberian dan sumbangan.

Objektif Bantuan SDEP

  • Membantu meringankan beban pelajar yang mempunyai masalah yuran tertunggak.
  • Membantu pelajar yang tidak mendapat biasiswa atau pinjaman.
  • Membantu pelajar yang teraniaya atau tertipu oleh institusi pengajian.
  • Menyediakan sara hidup bagi pelajar yang memerlukan.
  • Memastikan sistem penyampaian pembiayaan yang efisien, cepat, tepat dan betul.

Kumpulan Sasaran

  • Penyelesaian yuran tertunggak.
  • Mengelakkan “dropouts” dikalangan pelajar IPT.
  • Meringankan beban kos pengajian.

Syarat Kelayakan

  • Bumiputera warganegara Malaysia.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan.
  • Mendapat tawaran atau telah mendaftar atau sedang mengikuti pengajian di institusi yang diiktiraf.

Cara Memohon Bantuan

Untuk mereka yang layak, permohonan boleh dilakukan dengan memuat turun borang di pautan berikut: https://www.ypm.org.my/index.php/muatturun/borang#sdep (KLIK SINI)

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Seksyen Bantuan Persekolahan
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.
No. Tel : 603-26927273 #sbp

*Permohonan masih ditutup, ini hanya pemberitahuan awal untuk sesiapa yang akan memohon kelak

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *