Khas untuk Bumiputera bawah 60 tahun: Ini cara memohon kewangan SEMAi sehingga RM50,000

Pihak kerajaan melalui pelbagai agensinya telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif bagi membantu dan memudahkan urusan mereka yang memerlukan.

Antaranya termasuklah melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan ditubuhkan pada 1 Mac 1966.

Salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh MARA adalah Skim Pembiayaan Lepasan IPMa (SEMAi) yang menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan kepada lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) bagi menjalankan perniagaan yang bersifat komersil.

Ini adalah penjelasan lanjut mengenainya: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan Bumiputera;
  • Berumur 18 hingga 60 tahun;
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM);
  • Mempunyai premis perniagaan;
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa;
  • Perniagaan patuh Syariah;
  • Bebas dari senarai hitam MARA;
  • Lulus ujian psikometrik (markah 50% ke atas).

Dalam masa sama, berikut adalah syarat-syarat khusus bagi memohon SEMAi:

  • Lepasan IPMa yang menamatkan pengajian dengan jayanya;
  • Mendapat surat sokongan daripada Pengawal Pusat di tempat menjalani latihan / belajar;
  • Memula / mempertingkatkan perniagaan yang sama atau berkaitan dengan kursus yang diikuti di IPMa; Atau
  • Advertisement
    Advertisement
  • Menjalankan perniagaan dalam bidang yang lain sekurang-kurangnya enam bulan.

Bagi senartai IPMa, ia boleh dirujuk – DI SINI.

Skop & Had Pembiayaan

Skop pembiayaan SEMAi adalah merangkumi – modal pusingan, pembelian mesin dan peralatan serta ubah suai premis perniagaan. Manakala, had pembiayaannya pula adalah sebanyak minima RM10,000 dan maksimum RM50,000.

Cara Memohon

Oleh itu, kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan – permohonan SEMAi boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Pembiayaan MARA – DI SINI.

Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan bagi urusan permohonan ini dan ia boleh dilihat – DI SINI.

Dimaklumkan juga bahawa pembiayaan ini tidak melibat sebarang jaminan dan cagaran.

Bagi penerangan terperinci berkenaan pelbagai lagi pembiayaan MARA, ia boleh dirujuk dan diteliti di portal rasmi badan itu atau DI PAUTAN INI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *