Ini Cara Daftar & Memohon Bantuan Kewangan PMU RM500 Yang Anda Perlu Tahu

Secara umunya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Sebenarnya, pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah bantuan kewangan PMU yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan PMU yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Maklumat Bantuan Kewangan PMU

Pihak Yayasan Aminuddin Baki (YAB) ada menyediakan Skim Bantuan Kewangan Pelajar Miskin Universiti (PMU) YAB untuk pelajar-pelajar miskin cemerlang yang akan melanjutkan pengajian di universiti tempatan, khas buat pelajar ijazah sarjana muda tahun 1 semester 1 sahaja (mengikut terma & syarat).

Bantuan ini adalah untuk sekali bayar sahaja tanpa sebarang ikatan dengan YAB bagi membantu pelajar-pelajar sebelum mendapat bantuan
kewangan daripada mana-mana agensi lain, seperti PTPTN, MARA, Yayasan Negeri dan sebagainya.

Jumlah Bantuan Yang Diberikan

Bantuan kewangan adalah sebanyak RM500 untuk sekali bayaran sahaja. Bantuan ini adalah ikhlas daripada Yayasan tanpa sebarang ikatan.

Advertisement
Advertisement

Bantuan ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar universiti yang baru mendaftar masuk ke semester 1 tahun 1, sementara menunggu permohonan bantuan kewangan pelajaran daripada badan-badan lain seperti PTPTN dan lain-lain.

Syarat Kelayakan Penerima

  • Pemohon mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia; Jumlah pendapatan Ibubapa/penjaga (seisi-rumah) tidak melebihi RM2,000 sebulan;
  • Tanggungan keluarga pemohon tidak kurang daripada 3 orang termasuk pemohon;
  • Telah diterima masuk ke salah satu universiti tempatan untuk semester 1 peringkat ijazah sarjana muda;
  • Pemohon mestilah mendapat keputusan peperiksaan terkini sekurang-kurangnya CGPA 3.0.

Cara Memohon Bantuan

Isi maklumat melalui borang yang disediakan di atas talian ini: https://www.yabm.org.my/wp-content/uploads/2019/09/borang-pmua-final-9.pdf (KLIK SINI)

Sila isikan maklumat permohonan dengan teliti dan kembalikan kepada BENDAHARI, YAYASAN AMINUDDIN BAKI melalui POS BIASA berserta dengan:

  • Salinan mykad;
  • Salinan sijil/slip keputusan peperiksaan terakhir; dan
  • Salinan surat tawaran daripada pihak university tempatan.
  • Salinan penyata bank / buku bank (yang tertera nama dan no. akaun bank)

Sila hantar ke alamat berikut: YAYASAN AMINUDDIN BAKI LEVEL 14, CHULAN TOWER, No. 3, JALAN CONLAY 50450 KUALA LUMPUR.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *